Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SEORANG PAK CIK DAN SEBUAH RENUNGAN…

0 comments

Sudahlama saya tidak menyanyikan lagu-lagu Dylan sewaktu busking. Apabila seorang pak cik berumur dalam lingkungan awal 60an meminta saya nyanyikan, saya pun lagu kanlah ‘dont think twice’. Nyata pak cik itu puas hati yang katanya,” you are good”.

Selepas itu pak cik itu pun berlalu pergi, hilang dari pandangan.
Lama dia memerhatikan saya dengan berbagai pandangan. Pakaiannya agak lusuh dan biasa-biasa saja..cool

Selepas itu dalam jam 2 saya ke foodcourt untuk isi perut. Kebetulan saya pun berjumpa lagi dengan pak cik Dylan ni tadi yang sedang makan. Dia mengajak saya lepak sekali, saya pun join lah…

Katanya dia dari utara sana. Datang ke Bangi melihat cucu. Sekarang sudah pencen dan berkebun…kami pun bersembang-sembang sementara tren ke utara belum berlepas lagi.

Banyak yang kami bualkan..nyata pak cik itu punya banyak pengalaman yang menarik dalam hidupnya.

Dia pernah menonton konsert Dylan pada tahun 1978. Semua album Dylan dimilikinya. Favourite albumnya Highway 61…Saya kata saya pun suka album itu juga.

Dia suka menonton persembahan busking sewaktu di oversea dulu. Dan pandangannya terhadap manusia bagi saya sudah melepasi tahap matang dan dia sedang bahagia dengan apa yang dilaluinya.

Kami pun bercerita tentang falsafah dan tasauf dalam konteks kemanusiaan dan katanya, apa yang merubahkan persepsinya terhadap manusia adalah ketika satu kejadian sewaktu di Cairo, Mesir…

Sewaktu itu dia melihat seorang pengemis yang sedang mengemis di laluan jalan. Datanglah simpati maka dihulurkan 1 dollar kepada pengemis itu. Lama dia memerhatikan…Kemudian datang pula kawan pengemis itu yang juga mengemis..pengemis ni tadi hulurkan duit 1 dollar yang diberi pak cik ni tadi kepada kawannya itu, walau pun collectionnya tidak lah seberapa.

Jadi sejak dari kejadian itu, persepsi pak cik ni tadi pun berubah..

Saya salut pakcik ni, tidak seperti kebanyakan orang kita yang lain…yang bagi saya ramai yang miskin jiwa nya kerana hidup hanya sekadar hidup, dan bermegah dengan apa yang mereka miliki. Duit banyak, saban tahun pergi menunaikan haji, cuci dosa…itu macam ka? ha ha ha

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.