Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

setiap hari adalah permulaan untuk subjek perjalanan

0 comments

Adanya kita di sini kerana kita saling memerlukan. Konsep kasih-sayang adalah yang paling lumrah dan umum dapat menerima pendekatan bahkan meraikannya dalam hidup ini.

Dalam kandungannya terkandung berbagai sifat termasuklah sayang dan benci. Selagi tali itu masih ada, ianya akan sentiasa bertaut walau dalam konteks apa sekalipun.

Setiap hari adalah permulaan untuk kita meraikan hidup ini. Kita sedang meraikannya. Hari ini saya sibuk menguruskan hal anak-anak yang bersekolah walau sekolah masih belum dibuka. Ianya sangat membahagiakan apabila kita dapat menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang bapa walau dalam medium yang sederhana. Anak saya Gibran akan bersekolah tadika tahun depan, tinggal beberapa hari saja lagi. Kawan saya pula seronok mendapat keputusan PMR anaknya yang diumumkan hari ini. 8A..saya ucapkan tahniah kepada beliau. Kepuasan jelas terpancar di wajahnya.

Sebagai seorang bapa saya juga akan berperasaan begitu, cuma saya tidaklah menaruh sebarang harapan yang menggunung pada anak-anak saya. Saya selalu tekankan janganlah kecewa jika kita gagal kerana ada banyak jalan lain untuk berjaya selain kejayaan akademik, namun tidaklah pula saya menidakkan akademik. Setiap kita saya percaya di kurniakan tahap akal dan pencapaian yang berbeza. Itu sebab adanya tukang kebun, doktor, engineer, pemandu, penulis, pelukis, penyanyi, technician..Mungkin mereka tidak berjaya di dalam akademik tapi siapa tahu mereka akan lebih berjaya di dalam bidang kemahiran?

Di sekolah saya dahulu kalau di setiap tingkatan ada 9 kelas. Kawan saya seorang pelajar berbangsa Cina, memang dia tidak cemerlang di dalam pelajaran. Dia menduduki kelas 3A9..kelas yang tercorot. Apabila habis waktu sekolah dia akan bekerja di bengkel motor. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Dia sudah merancang masa depannya. Apabila dia kantoi peperiksaan SRP, dia meneruskan kerjayanya sebagai seorang foreman dan akhirnya dia berjaya membuka perniagaan sendiri. Hari ini dia telah berjaya dan punya segala apa bentuk material jika itu menjadi sebuah kayu ukur pada setiap kejayaan.

Kita perlu berfikir begitu sebenarnya. Cuma kita perlu berusaha ke arah itu jika kita mahu ke situ.

Nick Cave and The Bad Seeds – There Is a Kingdom

Album: The Boatman’s Call (1997)

Lyrics:

Just like a bird that sings up the sun
In a dawn so very dark
Such is my faith for you
Such is my faith
And all the world’s darkness can’t swallow up
A single spark
Such is my love for you
Such is my love

There is a kingdom
There is a king
And he lives without
And he lives within

The starry heavens above me
The moral law within
So the world appears
So the world appears
This day so sweet
It will never come again
So the world appears
Through this mist of tears

There is a kingdom
There is a king
And he lives without
And he lives within

Nick Cave – Saya diperkenalkan produk Nick Cave ini oleh Joekidd pada tahun 87 dahulu. Saya ada videotape live beliau dengan groupnya The Bad Seed. Paling menarik karakternya di pentas..Dia akan merokok tanpa henti dan puntung-puntung rokok memenuhi ruang pentas. Adamasanya dia terjatuh dari stage dan itu memang part yang menarik bagi saya..ha ha ha..Dia seakan sukar dikawal ketika persembahannya tapi segalanya akan berjalan lancar dan pemuzik-pemuzik yang mengiringinya memang hebat. Lagu ‘ there is a kingdom’ ni terdapat dalam album The Boatsman’s call yang diterbitkan pada tahun 1997. Semua lagu-lagu dalam album tersebut menarik belaka.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.