Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SIAPA GILA ?

0 comments

Ramai orang gila datang berjumpa dan berbual-bual dengan saya. Kebanyakannya gila isim atau mereka yang sudah longgar urat-urat saraf dan mental. Mereka anggap saya ini sebahagian dari mereka, mungkin.

Cuma bezanya saya masih berkepentingan, sedangkan mereka tidak. Mereka sudah bebas dari belenggu akal dan fikir sedang saya masih mengira dan berkira tentang banyak perkara dan hal di dalam dan luar diri. Saya tidak tahu bila saya akan lepas dan bebas seperti mereka.

Ada seorang lelaki berserban, ini yang terbaru. Beberapa minggu lepas dia datang kepada saya dan dia bagi saya cuma longgar tapi tidak menyusahkan saya sebenarnya. Habis saya dan dia bernyanyi, dia pun beredar. Saya tanya nak ke mana? Katanya balik ke Ipoh. Beberapa hari selepas itu dia muncul lagi dan gayanya sangat ceria dan bahagia dengan apa yang sedang dilaluinya.Seolah dunia ini miliknya seorang.

Setelah mendapat panggilan talipon dari hand-phone cap ayam nya, dia bercakap dan berlegar-legar gaya seorang peniaga yang berjaya dan sukses, penuh dengan gelak ketawa sehingga datang seorang polis beruniform menghampirinya. Cara dia menjawab pertanyaan polis itu pun penuh dengan lagak dan gaya, yang membuatkan saya rasa mahu ketawa tapi saya tahan juga.

Satu yang pasti, setiap kali mereka mendekati saya dan berbicara sepatah dua, saya akan termenung dan bermenung.

Dalam hidup ini kita perlu lepaskan semua persoalan terutama yang negatif. Bila jadi beban masalah itu akan bertenggek dalam otak fikir kita tidak mahu keluar dan bila overload, akal fikir kita akan terputus dan jika itu berlaku, bermulalah siri hijrah kita ke alam yang misteri. Misteri kerana apa yang ada di dalam akal fikir orang gila, saya tidak tahu.

Kita bercerita tentang kesakitan, adakah mereka merasai seperti yang kita rasa? Sebab yang menyebabkan rasa sakit itu adalah dari akal fikir kita. Umpama kita makan, sedapnya hanya sampai di tekak, sampai ke perut akan menjadi najis.

Saya masih beranggapan sehingga ke saat ini yang orang gila adalah orang yang terbaik dari segala orang yang tidak gila, seperti kita. Mereka bebas dan lepas…kita melihat mereka senget tapi mereka akan merasakan merekalah yang paling sempurna di dunia. Dunia ini memang milik mereka sepenuhnya walau dalam konteks yang hanya mereka yang faham.

Jika kita bertanya, satu 2 + 3, mereka mungkin akan menjawap 70. Apa saja angka yang terdetik itulah jawapannya. Saya bersetuju dengan jawapan itu sebab, dunia ini sudah menjadi milik mereka, apa lagi yang kita boleh sangsi atau nafikan lagi?

Kita menganggap banyak perkara di dunia ini tidak betul dan perlu diperbetulkan, tapi bagi mereka dunia ini memang sempurna sesempurna kejadian alam ini yang sudah tertulis di sana lagi.

Siapa yang gila sebenarnya, kita atau mereka?

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.