Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Siapa kita disisinya?

0 comments

Saat suka duka itu sudah berlalu. Adakah kita dapat mengecapnya semula? Tentulah tidak. Ianya hanya moment di waktu dan ketika di waktu itu. Saat manis sangat indah untuk dikenang, saat pahit pula bisa mengundang duka dan jiwa kacau. Apapun atau sejauh manapun tahap dukanya, itu hanyalah moment di waktu itu.

Segalanya bergantung kepada kita. Jika kita sukakan tempoh duka itu agar berpanjangan, akan meranalah jiwa dan itulah hasilnya. Jika kita dapat memahami cerita tentang perjalanan takdir kita, kita telah menang sebenarnya.

Tahap sempurna kita sentiasa ada limitnya.Mana mungkin kita dapat menerima semua cerita tentang kita, manusia? Dapat memahami itu sudah baik bagi tahap sempurna kita.

Apabila menilai tentang manusia, disitu akan ada cerita tentang baik dan buruknya. Itu kita katakan sebagai kelemahan. Itu juga boleh kita katakan sebagai termasuk dalam kandungan buruk dan baik.

Apabila kita dapat memahami dan menerima sikap kita dan mereka seadanya, kita akan faham mengapa Tuhan itu sangat menyayangi kita.

Jika kita ingin merasa disayangi, kita perlulah memahami konsep ke’tuhan’an. Memahami konsep bukanlah bermakna kita mahu menjadi Tuhan pula. Itu maknanya kita adalah sebahagian dari ciptaan alam ini, bahkan kitalah yang telah dipilih sebagai makhluk yang teristimewa di antara sekian makhluk di mukabumi ini. Bukankah itu pemberian maha agung dari sang pencipta untuk kita bangsa manusia? Adakah kita bersyukur untuk itu?

Biasanya begitulah. Di sini kita samada suka atau tidak, perlu menerima kelemahan dan kelebihan watak yang sedang kita jalani seadanya.

Kadang-kadang kita lupa apa peranan kita sebenarnya. Di dunia ini ada pelbagai watak. Ada pelukis, penyanyi, pelawak, penghibur, penulis, doktor, engineer, surirumah dan sebagainyalah. Hatta pengemis itu juga adalah sebahagian dari watak yang dicipta Tuhan untuk menguji kita manusia. Mengapa kita sentiasa membezakan tentang tahap kesamarataan itu?

Dalam apa jua bidang yang kita lalui ada peranan kita di situ. Semuanya bergantung kepada siapa kita disisinya. Wallahualam

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.