Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Sini dan sana..

1 comment

Gua macam ni la, nak macamana lagi? Hidup memang agak kelam-kabut, itu biasa..tapi hidup perlu diteruskan..Kalau tak ada famili, gua dah merantau jauh..Untuk keperluan hidup gua, sangat minimum..

Dengan busking gua boleh hidup cara gua..Mungkin ada orang tidak setuju dan suka, itu tidak mengapa..setiap orang ada pandangan..dan ada yang kalkulatif, maknanya kalau kita pilih jalan kita, tak boleh..kena ikut jalan dia..jalan dia yang sempurna. Bagi gua itu tak bolehlah…Lu bukan pencipta..lu pun berjalan dengan takdir yang lu pun tak tau apa akan jadi di depan..ha ha..

mungkin lu sukses, tapi hal-hal lain akan ada juga, sakit senang itu lumrah..Gua macam ini, memang ada karat, tapi gua sangat bahagia dengan kehidupan gua..anak-bini gua..apa lagi yang ua mahu?

Semua orang mahu senang, gua pun macam itu juga..tapi kita mesti ada belief..dan gua percaya itu..

Kalau dikatakan gua ini sedang mengalami karma yang buruk, atau qada dan qadar Tuhan, gua setuju..tak ada masaalah…

Rama dan Sita dihukum lantaran malu mengaku anaknya Hanuman seekor kera..Maka jadilah mereka golongan petapa dan orang kebanyakan yang hilang darjat dan kuasa…Bertapa sehingga dosa mereka diampunkan oleh Sang Dewa..tak tau bila..mungkin sampai bila-bila..

Kalau itu takdir yang perlu gua lalui..kita kena terima seadanya..apa masaalahnya? Takdir itu permainan duniawi..Kalau kita percaya semuanya sudah di rencanakan, kenapa masih berkeluh kesah tentang takdir orang lain..Setiap kita yang namanya makhluk yang bersifat baharu, sedang melalui takdir dan ceritanya..

Buruk baik itu fitrah…Gua pun ada buruk juga..sikap pun ada yang tak bagus juga…tapi itulah, seboleh-bolehnya gua tidak mahu berhubung dengan orang yang tidak sefaham..ianya adalah masaalah, bila masaalah..rasa diri hodoh sangat..sebaiknya yang tidak sefaham..pergilah ke sana yang sama-sama boleh faham..dan selesa..

Gua pun hanya berhubung dengan golongan yang gua rasa selesa..itu penting..buat apa berhubung kalau jiwa makin serabut, penuh dengan niat dan hati tidak selari?

Sepatutnya kalau kata kita orang yang berugama dan Bertuhan, kenapa masih berprasangka..? Bukankah itu sifat yang buruk dan tidak disukai ugama dan Tuhan..?

Gua pun sedang berusaha untuk mengikis sifat-sifat yang tidak baik dan hodoh dalam diri..sebab itu subjek paling asas untuk setiap manusia yang percaya Tuhan dan takdir..

Cubalah belajar untuk lebih memahami dari suka menghukum…

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. rilex bro, pdulikan sja…gua tau lu musti sikit sbnyk trasa ngan 1 komen dlm entri lu yg lpas tu…manusia ni mudah sngat mnilai watak org lain sdangkn dia sndiri pn tak tau ending watak dia…

    hahaha…yg pnting kita cuba yg tbaik tuk mbahagiakn org2 yg kita sayang….

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.