Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SIRI HIDUP 2

0 comments

Di port saya, ramai orang gila yang datang singgah. Saya tak tau apa yang menarik minat mereka untuk singgah di tempat saya. Macam-macam gila ada.

Ada gila betul, ada gila buat-buat, ada golongan sadhu, ada golongan monk, ada gila isim yang lepas dan tak lepas..

Cuma yhang saya nak cerita tentang seorang lelaki yang gila betul. Matanya kalau memandang memang tajam sambil tersengih. Pernah sekali dia datang ke KL Sentral hanya dengan berseluar pendek sahaja, lalu di escort oleh polis bantuan di situ.

Apabila saya menyanyikan lagu Ramli Sarip, kalau lelaki ini ada di situ dia akan datang dekat dengan saya sambil menyanyikan lagu yang saya nyanyikan dengan kuat.

Bila saya nyanyi lagu orang putih, lelaki gila ini akan berlalu pergi. Bila saya kembali menyanyi lagu Ramli Sarip, dia akan datang kembali..

Lalu saya pun berterusan nyanyi lagu orang putih, dan lelaki itupun hilang dari pandangan..ha ha

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.