Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SIRI HIDUP 3

0 comments

Sempena bulan merdeka, adalah 2 atau 3 kali saya di temuramah anak-anak muda yang belajar di kolej atau IPTA..Memanggil saya uncle, mengingatkan kita secara tidak langsung bahawa kita bukan muda lagi.

Yang mereka tanya, pengertian merdeka?

Bagi saya merdeka dalam konteks umum, Malaysia masih aman damai, semua rakyat masih boleh cari makan dengan selesa…Kita tidaklah seperti negara-negara yang berserabut dengan perang dan macam-macam hal lagi..

Mereka tanya lagi, apa fakta sebenar tentang kemerdekaan bagi saya?

Saya kata, dari segi faktanya kita tidaklah merdeka sepenuhnya. Kita hidup masih lagi di kelilingi hutang. Hutang rumah, kereta, segala macam bil..merdeka apa kalau macam ni?

Segalanya memang membebankan. Pendapatan tak seiring dengan kos harga rumah yang gila babi..

Dan saya tambah, YANG MERDEKA HANYA ORANG GILA SAHAJA..HA HA HA

Akhirnya, budak-budak itu pun ketawa juga…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.