Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SIRI HIDUP 5 ( ANAK-ANAK )

0 comments

Saya selalu mengingatkan anak-anak saya. Kecuali Adam yang autis, yang 3 orang lagi sering saya ingatkan tentang ikatan kekluargaan antara adik beradik itu satu kewajipan.

Kakak mereka yang paling tua, pun selalu saya ingatkan agar memberikan perhatian dan kasih-sayang pada adik-adiknya.

Walau adik-adiknya dari segi sikap mereka kadang-kadang memang bikin pening kepala, tapi bayangkan kalau rumah ini sunyi tanpa hiruk pikuk anak-anak? Bukankah ada sesuatu yang tidak kena jika itu yang berlaku?

Tentang Adam, anak saya yang autis itu, ianya akan menjadi tanggungjawab saya dan ibunya sampailah kami menutup mata di penghujungnya nanti.

Takdir Adam sudah direncanakan oleh yang maha tahu. Cuma tanggungjawab kakak dan adik-adiknya yang selalu saya harapkan untuk menjaganya apabila kami sudah tiada lagi di dunia ini.

Sedih dan gembira adalah mainan dalam kehidupan ini.

Saya cuma mahu ikatan kasih-sayang mereka antara adik-beradik rapat sampai ke anak-cucu. Saya tidak mahu mereka mengikuti jejak langkah saya yang mengambil sikap menjauhkan diri dari keluarga.

Saya suka melihat kawan-kawan saya yang sudah beranak-pinak mesra dan mengambil berat tentang anak-anak mereka. Itu bagi saya satu anugerah kasih sayang yang Tuhan terapkan ke dalam jiwa kita untuk kita hargai dan nikmati…

Harta yang paling berharga adalah anak-anak. Apa lagi yang paling berharga selain mereka?

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.