Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SIRI HIDUP 6

0 comments

Baru-baru ini seorang budak OKU ( Down sindrom ) berumur belasan tahun tersesat di KL Sentral. Lama juga dia di situ, beberapa anggota polis bantuan dan pekerja KTM yang melayannya.

Nasib baik di dalam begnya terdapat no talipon saudara atau keluarga yang boleh dihubungi.

Mungkin dalam 2 jam juga budak itu berlegar-legar. Sekejap dia datang ke port saya sambil menunjuk tanda ‘bagus’ bila saya menyanyikan lagu-lagu Melayu.

Sekejap dia mengambil gambar pemandangan di KL Sentral dengan wajah yang serius dengan hand phonenya. Rupanya hand phone mainan…

Kata emaknya, dibagi 3 atau 4 hand phone dihilangkannya…

Dalam 2 jam kemudian emaknya sampai dan belum apa-apa lagu emaknya berkata’ emak tak marah’…

Rumahnya berdekatan dengan stesen komuter Shah Alam. Entah macamana boleh terlepas…memang bahaya. Nasib baik ada no talipon untuk dihubungi

Apabila emaknya membawanya pulang, budak OKU itupun pulang dengan selamat…

Mereka adalah golongan yang istimewa yang berada dalam pelukan kasih dan sayangNya…Kita yang melihatnya akan tersentuh, kerana mereka tidak seperti kita…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.