Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

SIRI HIDUP 8 ( IZAD – KELUHAN SI PEMUZIK )

0 comments

Baru-baru ini saya berjumpa rakan seperjuangan dalam muzik, Izad Flamenco atau Izad klasikal. Sebabnya flamenco dan klasikal memang santapan dia.

Saya kenal Izad sewaktu bekerja di Yamaha Music lagi. Dia waktu itu menjadi tenaga pengajar gitar klasikal di Yamaha. Selanjutnya Izat mula serius untuk menjadi pemuzik professional sehinggalah ke hari ini.

Dunia klasikal atau flamenco tidaklah luas di Malaysia. Tidak ramai yang mampu bermain gitar klasikal dengan baik seperti Izad dan Cikgu Omar..Saya memang salut permainan klasikal mereka sebab saya tak mampu buat.

Bila dia mengeluh tentang bayaran pemuzik genre yang special seperti klasikal, flamenco dan jazz masih dibayar harga yang murah, hanya sekitar rm 2500 sebulan jika bermain di hotel, saya bersetuju dengan pandangannya.

Bagi saya genre klasikal, flamenco dan jazz bayarannya perlulah sesuai dengan tahap permainan dalam genre tersebut sebab bukan senang untuk kita memainkan muzik klasikal…sekurang-kurangnya paling cikai pun rm 4000 sebulan.

Dan dia bertanya kepada saya, berbaloikah dia menggunakan gitar yang mahal sedangkan pendapatan tak setimpal dengan harga gitar itu sendiri…

Teringat saya sewaktu bersembang dengan Opie Bloodshed yang sering terlibat sebagai sessionist..katanya..

” Dioranag expect aku pakai guitar effect dengan ADA dan segala macam effect macam sound Metalicca..bayar ciput, baik aku pakai DS-1 je..”

Ha ha ha..

Inilah Malaysia, penghargaa kita lebih kepada artis dan kemilau materi berbanding seni muzik itu sendiri…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.