Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Sufi dan kefahamannya

0 comments

Dunia para sufi adalah dunia yang unik. Dunia para sufi juga adalah dunia yang malang kerana mereka menolak dunia. Biasanya golongan sufi tidak akan bercerita tentang dunia kesufiannya, bahkan mereka sendiri tidak tahu tentang itu kerana mereka adalah sebahagian dari watak yang dimainkan. Mereka adalah pemain, bukan penonton.

Sekiranya ada yang suka dengan imej kesufian dan bercerita tentang dunia kesufiannya yang dia rasa dia sedang duduk di dalamnya, maknanya dia masih bermain-main dan melayan angan yang lahir dari ruang akalnya. ianya mimpi yang tak kesampaian, bagus kalau kita sedarkannya untuk kembali ke dunia yang nyata.

Saya banyak membaca buku tentang para sufi dan wali sejak kecil. Dari situ saya akui agak terpengaruh dan suka membacanya kerana ceritanya akan buat kita bermimpi dan berangan-angan agar menjadi orang hebat yang disayangi Tuhan.

Hari ini saya percaya pada kefahamannya. Ianya mudah semudah A, B dan C. Semua kita adalah watak. Saya tidak melihat manusia itu lebih dari itu. Orang sufi biasanya sudah mati sebelum mati. Mati yang itu adalah mati akan nafsunya, maknanya mereka sudah tidak ada kehendak lagi terhadap dunia, jadi jika masih ada, maknanya mereka masih berkehendak. Bila masih berkehendak maknanya bukan dari golongan sufilah..ha ha ha

Setakat cerita yang datang dari akal yang masih penuh dengan angan-angan dan mimpi duniawi, itu perasan yang lahir dari perasaan, bukan jiwa.

Apapun saya memang seorang wali, sebab saya akan jadi wali untuk anak perempuan saya bila dia bernikah nanti..ha ha ha

Jika kita suka bercerita tentang Tuhan dan kejadiannya, bukanlah bermakna kita ini orang sufi. Jika kita suka bercerita tentang kebaikan, itu hanyalah sebahagian dari tanggungjawab kecil kita antara sesama insan. Jika kita suka bercerita tentang kejahatan, itupun hanyalah sebahagian dari watak yang diperuntukkan untuk kita, manusia.

Bukankah kita hadir ke dunia ini dengan berbagai-bagai watak? Maka sebab itu kita di sini untuk memeriahkan suasananya. Bukankah begitu?

Dan biasakanlah bercerita tentang cerita yang biasa-biasa saja. Sebab kita sedang berada di dunia yang nyata, bukan di kayangan sana.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.