Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Susah nak tidur

0 comments

Dulu saya susah nak tidur malam, pukul 3 baru letak kepala kat bantal, pun bukannya tentu dapat lena terus. Ni saya tengok anak-anak saya sedang tidur dengan lena, saya pun cemburu juga.

Kita ni jenis susah nak lena. Banyak sangat benda yang nak difikir. Kena pulak waktu tengah bermenung datang pulak cerita-cerita yang tak best di ingatan, langsung tak dapat tidur. Ha ha ha

Jenuhlah pulak saya cuba melupakan dan fokus semula pada hakikat kejadian, zikir nafaslah, itulah, inilah…leceh. Ha ha ha

Suatu masa saya suka bermeditasi, sayup-sayup dan sayup dalam puji-pujiannya sepertimana kata Sawong Jabo dalam lagunya, ‘mencintaimu adalah mencintai hidup’. Sayup dan sayup sampailah sidia menggelodak nak keluar. Saya takut pulak menghadapi situasi yang sedemikian. Bayangkan itu seperti roh yang mahu keluar dari jasad. Ha ha ha. Berpeluh-peluh saya waktu itu. Takut tapi nikmat.

Jadi kalau kita ada kekuatan diri dan semangat, beramal atau berzikirlah untuk mendapatkan jawapan tentang wujudnya pada diri kita sendiri. Setakat cerita tentang percaya, itu tak ada benda sangat bagi saya.
Solutionnya kita akan lebih mengerti tentang hakikat hidup ini. Trust me!

Suatu masa pulak saya lost dalam ideologi yang pelbagai. Kalau lukisan tu kita boleh gambarkan sebagai lambang abstrak insan dalam proses mengenal. Berserabut juga, tapi bagi saya jika nawaitu kita tidak kearah kebendaan atau nafsu nafsi, kita akan ditemukan jalan pulang juga.

Hari ini saya cuba mempelbagaikan cerita-cerita malam dan siang. Malam kita tak nampak, tapi ada. Siang pula kita nampak, sebab diberi kita nikmat melihat.

Jadi hari ini sayapun cubalah meraikan makna kehidupan seadanya. Berjalan-jalan dengan anak bini, singgah di Wangsa Walk, ada pertandingan Karaoke, saya pun menjadi penonton. Menonton mereka yang bercita-cita dan ghairah untuk menjadi penyanyi.

Ada yang berbaju kurung, berdandan sakan, bergaya seakan artis yang penuh glamer. Ha ha ha..inilah kehidupan..Cuma belum sampai satu lagu, saya dan anak binipun balik. Saya tetap berpendapat inilah budaya orang kita, yang mana artis adalah ‘ikon’ yang mampu memberi impak dalam pemikiran dan kehidupan mereka. Ada yang nak jadi Anuar Zain, Siti Nurhaliza. Ha ha ha..Begitu hebat sang artis berperanan dalam membentuk nadi dan rentak fikir orang kita. Ha ha ha

Saya pernah jadi juri dalam pertandingan karaoke 5 tahun dulu di Temerloh. Saya bagi markah yang tertinggi pada seorang pemuda orang asli yang menyanyikan lagu dari kumpulan Spring, tajuknya saya tak ingat dah. Ha ha ha

Apapun hari demi hari kita masih dalam kandungan dan ceritanya. Tidak ada bezanya di dalam perut mahupun di luar perut. Di dalam perut, kita duberi makan. Di luar perut kita belajar hidup untuk cari makan. Ha ha ha

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.