Notes:
t-shirt itu padang…aku disitu for sale..(reprint)
Ini t-shirt ‘itu padang…aku disitu untuk dijual..harganya rm 25 atau rm 30 by post..actually idea mau bikin ini t-shirt sudah lama..sebabnya wa pilih album ni..sebab ianya dikira classic dalam non-mainstream market..dan yang lebih penting..cerita dan makna tentang album ni…disini wa cerita sket..hehe..
idea untuk cover album ni wa buat dibantu oleh pereka design yang cool..im dan photographer…din korea..tahun 2003 dulu..konsep dia simple..wa taruh picture anak wa yang ‘autisma’…sebab dia suka berlari dipadang..anak wa namanya adam..dan autisma adalah penyakit yang mana pesakitnya seolah duduk dalam dunia yang tersendiri..sekarang adam dah 10 tahun..baru celebrate birthday 11/9 hari tu..dia sangat istimewa sebenarnya..dan dia tanggungjawab wa sampai akhirhayat..so..berbalik pada konsep dan makna….itu padang..padang itu perlambangan untuk dunia..dan aku..maknanya kita..bukan hanya meor..atau adam..sebab semua orang punya roh,punya aku masing-masing..dan kita sebenarnya terpilih dan istimewa kerana telah dipilih oleh pencipta menjadi khalifah dimukabumi ini..dan itu padang,lepas tu ada 3 titik…itu maknanya 3 titik yang akan membawa kita kepadanya..itu code rahsia,kalau mau tahu detail kena mendalami lah makna-makna yang tersirat..wa menggalakkan kita,belajarlah erti hidup..hakikat kehidupan ini sepraktikalnya..sebab bila kita memahami kenyataaan hidup ini..indirectly minda kita subur dengan elemen-elemen yang posiitif..
* (6/11/2011)Terbaru – T-Shirt ‘itu padang…aku di situ akan direprint dan dijual dengan harga rm 25 . Sebenarnya banyak kawan-kawan bertanya tentang T-shirt ini, jadi saya akan cetak dalam 50 helai edisi terhad..Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui facebook dan email atau datanglah ke KL Sentral untuk mendapatkannya..Terimakasih
















kirim salam kat adam…
dia mmg istimewa…lebih istimewa dari kita yg hidup normal…:)
ya beetul tu sahabat..hehe