Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Lirik-lirik & Kord lagu dari Album Aku & Bulan

0 comments

Sepantas Berjalanlah Kau

Sepantasnya berjalanlah kau
kesisi tanpa menegurku
kan ku sapamu sediamnya
menghormatimu seperti aku
menerima hukum alam
maka kemarilah kesisiku
irama yang bermain
tak mampu ku lepaskan
ku biarkan ia berlegar
sebelum lenyap dan hilang
dan launganku itu
adalah nafas bagai api
leburkanlah mimpiku
dudukilah singgahku yang kau lepaskan
diakan menantimu
ketentuan yang di tentukan

Hei Pak Abu

hei Pak Abu anakmu ponteng sekolah
dia ada dimeja snooker
seluar hijau baju tengkorak
rokok dibibir tak mahu lepas
minggu lepas kau tempeleng cikgunya
kerana merotan anakmu dikhalayak ramai
sebab dia kurang ajar
di selaknya skirt pelajar perempuan sekelas
virus orang kita semua mahu jadi dewasa
gengster sini, gengster sana
hei Pak Abu anakmu ada dilokap
di tangkap polis kerana mencuri
10 tin guiness stout di restoran Ah Chong
bersama 3 rakan sekelas
hei Pak Abu anak perempuanmu dah lari rumah
ikut jantan motor yang menjadi idolanya
kerja dikilang tak mahu lagi
konon nak jadi model pakwenya boleh rekomenkan
hei Pak Abu, anak perempuanmu buat hal lagi
dia sudah mengandung hasil perkongsian dengan pakwenya
mana kau nak letak mukamu
sana sini orang berkata
anak-anak di zaman ini sukar di kawal lagi
guru sekolah dilarang merotan
kalau dibuit mak bapak melenting
hei Pak Abu

Di langit Yang Jelas

Serikanlah suasana malam
untuk sebuah cheritera
mimpi tak berpenghujung
manusiakanlah aku
sebagaimana kau mengisbatkan lakuku
AKU KEKERINGAN
berjalan dipermukaan
ada engkau dan hikmahmu
dan ku berpijak
DI LANGIT YANG JELAS!!
layangkanlah sutera malamku
aku kan terharu
sedetik yang setahunmu
mengadaplah,hadapilah sukacita
umpama makan malammu
ITUKAH INDAHMU?

Mungkin

mungkin aku akan faham
bilamana mata bertentang
tak sesukar yang di gambarkan
MUNGKIN
mungkin mata aku kelam
walau siaran diradio
masih berbunyi
mungkin
apakah yang mereka tahu
tentang keabadian
tentang pengabadian
ataupun buta matahati
buta matahatimu
mungkin aku akan longlai
yang pasti disisimu
bukan dia atau mereka
Mungkin…

Aku Manusia Hari Ini

katakanlah ,apabila kata2
berintikan rasa yang bukan mimpi shahdu
buaikanlah musik di hatimu
dengan irama realiti cita-cita bukan mimpi
dan ku pecahkan tembok yang kau kukuhkan
aku kan berupaya
aku manusia hari ini
katakanlahakan kubakarkan
kertas perjanjian lama
aku mahu HARI INI
pecahkanlah STATIK semalammu
kita manusia HARI INi
kita manusia zaman ini

Revolusi Mental

Bm F#
Suasana apakah yang kulalui hari ini?
Bm F#
mengadap wajah-wajah dan cerita yang sama berulangkali
A D F# Bm
marilah kita ubah episod yang telah basi
A D F#
kerana engkau lebih memerlukannya
Bm
untuk yang tersembunyi
Bm
satu kapal satulah nakhoda
F#
layari dan tentukanlah
Bm F#
nasibmu sendirian itulah ceritamu
A D F# Bm
tak perlu engkau hebahkan andainya kau berjaya
A D F#
tiada siapa yang akan mendengar
Bm A G F#
kau hebahkanlah pada dirimu sendiri
Bm A G F#
kerana dia lebih mengerti hatimu
Bm A G F#
kau hebahkanlah dan berpestalah untuknya
Bm A G F#
kerana dia lebih memahami
G/F#
REVOLUSI MENTAL

Kalau Perlu Aku Katakan

intro: Dmaj/Gmaj7
Dmaj7/Gmaj7/Dmaj7/Gmaj7
kalau perlu aku katakan,akan aku katakan
Em/A/G/A/D/Bm/G/A/D
walau dalam diam ( disuasana yang murung ini )2x
tak perlu lagi pandangan basa basimu
berikanlah aku air suam
dari gelas layak sang pengemis (2x)
G/A/F#m/Bm7/G/A/D
aku mahu tidur lama,apabila usai semua
G/A/F#m/Bm7/
kebahagiaan ini memadailah
E/A
tak perlu mimpi indah syurga
catatan ini mungkin kosong
aku tahu kau pun sama
lalu apakah yang kau mahu
di saat yang tak di duga ini (2x)

Bulan

disini kau ada bulan
di dalam bukan yang diluar
hanyalah untuk kau fahami
indahnya tiap kejadian
setiap kita yang bernyawa
dikurniakan satu bulan
isbatkanlah jangan kau nafikan
tuk merasai keindahan
bulan yang diluar
hanyalah untuk keindahan luaran
mungkin kau kan dibutakan
oleh duniawi
yang tak punya rasa