Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Lirik-lirik & Kord lagu dari Album Aku & Bulan

0 comments

Sepantas Berjalanlah Kau

Sepantasnya berjalanlah kau
kesisi tanpa menegurku
kan ku sapamu sediamnya
menghormatimu seperti aku
menerima hukum alam
maka kemarilah kesisiku
irama yang bermain
tak mampu ku lepaskan
ku biarkan ia berlegar
sebelum lenyap dan hilang
dan launganku itu
adalah nafas bagai api
leburkanlah mimpiku
dudukilah singgahku yang kau lepaskan
diakan menantimu
ketentuan yang di tentukan

Hei Pak Abu

hei Pak Abu anakmu ponteng sekolah
dia ada dimeja snooker
seluar hijau baju tengkorak
rokok dibibir tak mahu lepas
minggu lepas kau tempeleng cikgunya
kerana merotan anakmu dikhalayak ramai
sebab dia kurang ajar
di selaknya skirt pelajar perempuan sekelas
virus orang kita semua mahu jadi dewasa
gengster sini, gengster sana
hei Pak Abu anakmu ada dilokap
di tangkap polis kerana mencuri
10 tin guiness stout di restoran Ah Chong
bersama 3 rakan sekelas
hei Pak Abu anak perempuanmu dah lari rumah
ikut jantan motor yang menjadi idolanya
kerja dikilang tak mahu lagi
konon nak jadi model pakwenya boleh rekomenkan
hei Pak Abu, anak perempuanmu buat hal lagi
dia sudah mengandung hasil perkongsian dengan pakwenya
mana kau nak letak mukamu
sana sini orang berkata
anak-anak di zaman ini sukar di kawal lagi
guru sekolah dilarang merotan
kalau dibuit mak bapak melenting
hei Pak Abu

Di langit Yang Jelas

Serikanlah suasana malam
untuk sebuah cheritera
mimpi tak berpenghujung
manusiakanlah aku
sebagaimana kau mengisbatkan lakuku
AKU KEKERINGAN
berjalan dipermukaan
ada engkau dan hikmahmu
dan ku berpijak
DI LANGIT YANG JELAS!!
layangkanlah sutera malamku
aku kan terharu
sedetik yang setahunmu
mengadaplah,hadapilah sukacita
umpama makan malammu
ITUKAH INDAHMU?

Mungkin

mungkin aku akan faham
bilamana mata bertentang
tak sesukar yang di gambarkan
MUNGKIN
mungkin mata aku kelam
walau siaran diradio
masih berbunyi
mungkin
apakah yang mereka tahu
tentang keabadian
tentang pengabadian
ataupun buta matahati
buta matahatimu
mungkin aku akan longlai
yang pasti disisimu
bukan dia atau mereka
Mungkin…

Aku Manusia Hari Ini

katakanlah ,apabila kata2
berintikan rasa yang bukan mimpi shahdu
buaikanlah musik di hatimu
dengan irama realiti cita-cita bukan mimpi
dan ku pecahkan tembok yang kau kukuhkan
aku kan berupaya
aku manusia hari ini
katakanlahakan kubakarkan
kertas perjanjian lama
aku mahu HARI INI
pecahkanlah STATIK semalammu
kita manusia HARI INi
kita manusia zaman ini

Revolusi Mental

Bm F#
Suasana apakah yang kulalui hari ini?
Bm F#
mengadap wajah-wajah dan cerita yang sama berulangkali
A D F# Bm
marilah kita ubah episod yang telah basi
A D F#
kerana engkau lebih memerlukannya
Bm
untuk yang tersembunyi
Bm
satu kapal satulah nakhoda
F#
layari dan tentukanlah
Bm F#
nasibmu sendirian itulah ceritamu
A D F# Bm
tak perlu engkau hebahkan andainya kau berjaya
A D F#
tiada siapa yang akan mendengar
Bm A G F#
kau hebahkanlah pada dirimu sendiri
Bm A G F#
kerana dia lebih mengerti hatimu
Bm A G F#
kau hebahkanlah dan berpestalah untuknya
Bm A G F#
kerana dia lebih memahami
G/F#
REVOLUSI MENTAL

Kalau Perlu Aku Katakan

intro: Dmaj/Gmaj7
Dmaj7/Gmaj7/Dmaj7/Gmaj7
kalau perlu aku katakan,akan aku katakan
Em/A/G/A/D/Bm/G/A/D
walau dalam diam ( disuasana yang murung ini )2x
tak perlu lagi pandangan basa basimu
berikanlah aku air suam
dari gelas layak sang pengemis (2x)
G/A/F#m/Bm7/G/A/D
aku mahu tidur lama,apabila usai semua
G/A/F#m/Bm7/
kebahagiaan ini memadailah
E/A
tak perlu mimpi indah syurga
catatan ini mungkin kosong
aku tahu kau pun sama
lalu apakah yang kau mahu
di saat yang tak di duga ini (2x)

Bulan

disini kau ada bulan
di dalam bukan yang diluar
hanyalah untuk kau fahami
indahnya tiap kejadian
setiap kita yang bernyawa
dikurniakan satu bulan
isbatkanlah jangan kau nafikan
tuk merasai keindahan
bulan yang diluar
hanyalah untuk keindahan luaran
mungkin kau kan dibutakan
oleh duniawi
yang tak punya rasa


Lirik-lirik dan Kord lagu Album Itu Padang..Aku Disitu

0 comments

Langit Makin Gelap

Menanti mu…
Seperti semalam
Dimusim yang tak menentu…
Buat ku gelisah…
Aku pun mencangkung
Ditengah padang lalang
Dan kubuka…
Kubukakan bajuku
Lemparkan keudara…
Dan angin, membawa ku kepadamu
Dalam amarah aku luahkan
Emosi kesan kekecewaan
Melihat nasib penghuni alam
Kesengsaraan yang berpanjangan
Yang berkuasa bertuhan kan nafsu…
Mereka bahagia melihat angka kematian
Insan yang naif…
Insan yang naif
Cahaya mentari
Menyentapku
Bangunkan aku dari mimpi siang…
Terus ke jendela…
Langit makin gelap…
Langit makin gelap…
Langit makin gelap…

Hari Hari Autistik

intro :Cmaj7/Fmaj7
Dm/G/C
Dan Adam ada disini…
Am/E/A
dunianya teka-tekiku
Bm/G/D/A
pandang demi pandang…
Bm/F#/G
dimanakah dia…
Dm/G/C
bawalah aku keduniamu
Am/E/A
kita sedarah bukankah
Bm/G/D/A
dan kutatap wajahnya semahuku…
Bm/F#/G
kerana dia aku…
Cmaj7/Fmaj7
walau kubiar…dia berlari
Cmaj7/Fmaj7
dan kan kubuka semua ikatan
C/G/F
agar dia…bebas apa saja
C/G/F
untuk bermimpi tentang apa saja
Cmaj7/Fmaj7
walau sebenar semua jawab
Cmaj7/Fmaj7
ada didiri…tak kunafikan…
C/G/F
dia adalah hidup ku…
C/G/F
dia adalah nafasku…
Am/G/F/G/Am/G/F/Cmaj7
dia..alasan, agar aku lebih berdiri…
Fmaj7/Cmaj7/Fmaj7
disini…
Dm/G/C
tiada kunafikan…
Am/E/A
dialah pembimbing…
Bm/G/D/A/Bm/F#/G
untuk aku…lebih beralasan dalam menghargai…

Sketch (Subuh 3:15)

intro: G/D/A2x
A
Matikan lah perasaan
G
jika ia menghukummu
D Fmaj7
membawamu keawang awang
A
bahkan menewaskan mu
A
itu bukanlah mimpi suci
G
jika ia membebankan
D Fmaj
buat kau jadi pemimpi
A
kau biar jiwamu didalam
E/A/E/A/D/A/E
hidup hanyalah mimpi siang
E/A/E/A/D
kau kan kepeningan
E/A/E/A/D/A/E
bila batu batu menghempap
Bm/G/E
kaulah pengembara yang gagal
Bm/G/E
kaulah pengembara yang gagal
A
keluarkanlah dirimu
G
sebab waktu masih siang
D Fmaj7
matahari masih berfungsi…
A
setetap dan seadanya
A/G
keluar dan berfikirlah sebelum terlambat
D maj7
sebelum kau putus asa…
A
atas kekalahan semalam…

Itu Padang…Aku Di Situ

intro: G
G
Itu padang aku di situ
Fmaj7
dalam diri hijaukan mimpi..
Em/D
Hijaukan mimpi
G
Kuberguling bagaikan mati
Fmaj7
berputaran bagai mentari
Em/D
bagai mentari
G/B/C
Semalaman aku di lenyapkan
G/B/C
dalam malam padang yang hijau
Am/Fmaj7
subur aroma tubuh
A/D
aroma tubuh
G
Itu bulan aku di situ
Fmaj7
kuning wajah serikan mimpi
Em/D
serikan mimpi
G
Seri alam akrabkan mimpi
Fmaj7
bergelora ombak di jiwa
Em/D
ombak di jiwa

Lagu LaraRia

Mari menyanyikan
lagu lararia
dan muzik bergema
berdansalah sambil menangis
berdansalah sambil menangis
kau kuncilah suaramu
aku mahu bersuara
mungkin sumbang
tapi telingaku positif saat ini
telingaku positif saat ini…
aku mungkin berlakon
diwaktu yang tak diduga ini
biarkan langit bercahaya
biarkan mereka terpedaya…
mari menyanyikan lagu kurun kelima belas
marilah berlakon
dendangkan lagu lararia…
dendangkan lagu lararia…

Lagu Sofa Biru

intro: G/B/Em/C/Am/D7/G/D7
G/B/Em/C
Kebekuanmu penyebab kedinginan
Am/D7/
setelah sandiwara semalam
G/D7
semalam yang hampas
G/B/Em/C
kau pecahkan pintu kau bakar emosi ini
Am/D7/G/G
kau mahu egoku pecahkan kaca mimpiku
B/B/
lihatlah sofa biru
Em/C
musim-musim yang menghukum
G
aku belum mati
D/Em/C
aku masih disofa ini masih…
G
aku belum mati…
D/Em/B/C/D7
aku masih disofa ini masih disofa ini…
G/B/Em/C
esok hari cuti akan ku bentangkan layar
Am/D7/G
aku masih disitu oh bukankah…

Usah Biar Ku Beku

Nyatakanlah semahu perasaan mu
usah biar ku beku
dan kukutipkan semua bunga ditaman
taburkan dihalaman mu
engkau adalah aku
aku adalah dia
usah biarku beku untuk selamanya
usah biar ku beku…………….
berderetan lampu lampu dijalanan
kubentangkan untuk mu
sehamparan permaidani dijalanan
semuanya untuk mu…………..

Dari Warung Kopi

Dan waktu pun terus berlalu tanpa batas nya
seiring bersama takdir penentu
kita pun semakin dalam mengerti erti kehidupan
dan kita lalui dan rasai segala luka
mengerti dan makin menghargai waktu
hidup hanyalah lakonan cuma…
keseimbangan
dan akhirnya
kita disini
menghirup udara segar
dimeja makan…diwarung kopi…
betapa indah nya suasana
dan bercerita itu impian…
itu ambisi mentalisasi
oh alangkah…alangkah asyiknya
betapa menyatu nya waktu
dan kita semakin mengerti tujuan kita
semakin memahami destinasi pun
akhirnya kita selesa begini
disaat ini…

Sama antara sesama

intro: C/F/C/G/Am/C/E7
Dmaj7/Gmaj7/Dmaj7/Gmaj7
biarkan kata kata berterbangan
Dmaj7/Gmaj7/Dmaj7/Gmaj7
bagai kupu-kupu selepas hujan
Em/A/F#m/B7
lambang perhiasan semu
Em/A/Dmaj7/Gmaj7
lambang perhiasan semu
Dmaj7/Gmaj7/Dmaj7/Gmaj7
datanglah aku tunggumu di sini
Dmaj7/Gmaj7/Dmaj7/Gmaj7
aku dan kupu-kupu didinding itu
Em/A/F#m/B7
jadi perhiasan untuk kau tatap
Em/A/Dmaj7/Gmaj7
jadi perhiasan untuk kau tatap
Am/F
DIMANAKAH kau…
C/E
kaLa tubuh ku hangus
Bm/G
dimamah mentari
D/A
ditengah padang yang luas
E/A
di manakah kau…
E/A
kala ku mendongok kelangit
Bm/E/A
yang ku tatap hanya awan
Am/F/Dm/E
aku tertipu lagi…
Bm/G/Em/F#
Aku tertipu lagi
Dmaj7/Gmaj/Dmaj7/Gmaj7
kehadiranku hanyalah lakaran
Dmaj7/Gmaj7/Dmaj7/Gmaj7
campuran warna warna
Dmaj7/Gmaj7
yang di gaulkan
Em/A/
sehingga menjadi kita
F#m/B7
SAMA ANTARA SESAMA
Em/A/Dmaj7/Gmaj7
Sehingga menjadi kita antara sesama

Berjalan Seadaanya

kau tahu dimulutmu
ada kata-kata
kau tahu dihatimu siapa dirimu
didirimu itu
dan sedalam dalam mu
ada batu permata
perlukah kau gilap
perlukah kau gilap?
perlukah kau gilap…?
kau adalah takdir yang sentiasa disitu
untuk mu…untuk mu
kau tahu dimimpimu
ada angan-angan…
matikanlah ambisi
berjalanlah seadanya
berjalanlah seadanya………

Mari Bersendiri

Mari bersendiri
menemani diri
disudut jendela
yang telah kusingkap
biarkan angin pagi membelai
tubuh ini
kualunkan lagu
luahan nurani
mungkin tak semerdu
namun memadai
hiburkan jiwaku yang sengsara
aku selalu bertanya pada diri sendiri
mengapa kita diciptakan dan saling memerlukan
aku selalu bertanya pada diri sendiri
mengapa kita bersengketa antara sesama
atau memang itu memang kehendak manusiawi
yang memang megah akan perasaan hasad yang
menguasai diri…
yang menghukum diri
yang menyeksa dirimu
diantara kita
harus ada pegangan
walaupun berbeza
tujuannya sama
isikan jiwamu dengan kasih sayang