Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Tahu, tak tahu dan tidak mahu ambil tahu

0 comments

Saya tahu membawa motorsikal, cuma saya tidak tahu bagaimana caranya untuk membaiki motorsikal. Dan agak menyedihkan juga kerana saya tidak mahu ambil tahu tentang penjagaan motorsikal saya, sampailah selama 5 tahun saya bawak motor ke sana dan ke sini tanpa menukar minyak hitam. Sudahnya motor saya rosak teruk sehingga perlu di overhaul. Ha ha ha

Jenama motorsikal saya itu Honda EX5. Yang saya ingat saya hanya tukar tayar jika pancit. Selepas di overhaul, barulah saya agak mengambil berat tentang motorsikal saya. Setiap bulan saya akan tukar minyak hitam.

Begitu jugalah tentang bab ketuhanan. Kita tahu tentang Tuhan melalui apa yang diajarkan kepada kita sejak kita lahir. Kita mengenalnya melalui kitab Al quran yang diturunkan kepada kita oleh junjungan nabi kita.
Selebihnya kita hanya mempraktikalkan amalan dan suruhan agama itu setakat yang kita mampu. Tidak ramai yang mahu mendalami ilmu ketuhanan kerana bagi mereka itu tidak penting dan hanya untuk golongan tertentu terutamanya golongan ulamak sahaja.

Makanya kita hanya mengenal Tuhan setakat mana kefahaman kita tentang Tuhan, malah kita tidak mahu ambil tahu atau kita enggan usul asal diri kita. Sudahnya kita mungkin akan blur sehingga sudah.

Ini mengingatkan saya tentang kisah dalam kitab Fariuddin Attar, Musyawarah burung yang mana si burung merak yang indah rupawan itu enggan melepaskan keindahan yang dimilikinya itu untuk sama-sama pergi mengembara mencari raja si Murgh. Si bangau pula terlalu lemah kerana kakinya yang panjang dan berbagai alasan lagilah.

Memanglah perjalanan ke sana ceritanya akan penuh dengan ranjau dan masalah. Bukankah kita di sini untuk menangi masalah juga?

Kita kata kita sihat di sini, kita tidak tahupun samada kita ini di zon yang selesa mahupun tidak. Sedetik ke depan mungkin nyawa kita akan diambil pun kita tidak akan mampu untuk tahu lebih daripada apa yang sepatutnya kita tahu. Sdang kita bermalas-malas di sofa mewah tiba-tiba kita diserang stroke? lalu mati?

Kita di sini untuk bermenung tentang alam dan ciptaannya. Kita tidak dididik untuk mudah terpesona dengan ciptaannya. Kita di sini perlu dididik untuk belajar mengenal sang pencipta alam dan ceritanya.

Cerita tidak akan selesai dalam satu hari. Carilah…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.