Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

TAKUT MATI

0 comments

Hari ini banyak sangat ubat-ubat suppliment untuk kesihatan di pasaran. Berlambak-lambak dan kebanyakannya memang mahallah harganya. Seorang kakak kawan saya yang tinggal di Terengganu kawasan kampung memerlukan rm 1000 sehari untuk penyakit leaukimia yang dihidapinya..Mana dia nak cari duit sebanyak itu? Yang terus kaya para-para doktor dan penjual ubat. Yang kita-kita ni terutama warga marhaen memang tidak berkemampuanlah. Walaupun di setiap jenis ubat yang kita makan itu khasiatnya di katakan boleh menyembuhkan segala bermacam penyakit, pun belum tentu juga. Seorang lagi kawan saya yang bercerita tentang bapanya pengidap leaukimia, pun memerlukan 30k sebulan, pun akhirnya meninggal dunia juga walaupun ada duit banyak.

Yang nyatanya kita ni memang takut mati, padahal mati itu akan kita hadapi juga, capat atau lambat. Kenapa kita takut mati? Sebabnya hidup kita ini terlalu bersalut dengan kebendaan. Melekat tak mahu keluar. Jika bukan kerana ringgit pun, kita masih berkepentingan juga, keluarga kita contohnhya. Padahal jika kita percaya pada cerita takdir yang telah tertulis itu, apa yang boleh kita nafikan lagi selain belajar untuk menerima dan mencintai mati?

Hari ini saya berumur 44 tahun. Menjenguk zaman kecil saya, rasanya baru semalam berlalu segala kenangan masa lalu. Masa berjalan dan kita pun begitu. Kita boleh kecewa dan atau suka dengan apa yang kita miliki. Pun itunyalah ‘moment’ belaka. Terlebih suka akan buat kita lupa, terlebih kecewa akan buat kita gila.

Itu sebab saya suka pada bab-bab falsafah ni. Ianya mendidik jiwa saya supaya kikiskan sifat-sifat yang mengotorkan jiwa dengan siri-siri nafsu yang tak berkesudahan. Dunia adalah punca segala masalah, suka dan duka. Kita sedang berada di sini..Kita sedang menunggu sebenarnya, walaupun kita nak duduk lama di sini atas dasar kepentingan. Pun jika dia datang, apa pilihan yang kita ada?

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.