Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Tekanan..

0 comments

1 – Baru-baru ini saya perform dalam satu majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Berjumpa dan berkenalan dengan seorang kawan yang suka menyanyi di situ. Brader ni manager syarikat yang menjemput saya untuk buat persembahan di situ dan brader ni juga suka muzik rock dan sebelum ni katanya dia bekerja di sebuah syarikat telekomukisi dan pangkatnya manager. Wah saya kata baguslah, tapi dia kata pangkat tinggi ni kepala lagi sakit kena bambu sana-sana dengan bos. Ha ha ha..Dia berceritalah dengan saya, pernah sekali dalam satu meeting dia sudah kena bambu dengan bos dan pressurenya sampai dia masuk hospital, nasib baik tak padam. Dia respek saya sebab menjadi pemuzik walaupun berkerjaya sebagai ‘street musician’. Saya cakap pada brader tu, saya pun dulu bekerja makan gaji juga tapi pangkat tak lah manager, cuma kuli saja. Pun teruk juga pressurenya. Memang tension bila time meeting. Ha ha ha. Itu yang bila dah over limit, kita resignlah..

Saya bersetuju dengan brader ni. Dalam dunia ni kita masih memandang pangkat dan darjat, itu kita tak dapat nafikan. Kita tengok dalam tentera, ada prebet, koperal, sarjan sampailah ke kolonel. Dalam syarikat saya bekerja dulu pun, saya kena bambu dengan bos. Bos kena bambu dengan bos atas. Itu biasalah..Ha ha ha

Bila dah jadi busker dan pemuzik bebas, saya rasa senang hati walau masih struggle mencari duit. Mungkin rezeki pun semakin dipermudahkan jadi saya bersyukurlah dengan apa yang saya dapat.

2 – Semalam sewaktu pulang dari Cristmas eve function, saya naik teksi untuk pulang ke rumah. Nak dapat teksi punyalah payah. Jenuh menunggu barulah dapat. Maklumlah kawasan Bukit Bintang. Bukit Bintang ni memang tempat yang paling saya tak suka untuk berkunjung. Memang padat dan sibuk 24 jam. Driver teksi tu berbangsa India. Umurnya awal 50an. Dia dok bersembang dengan saya pasal kehidupan dan kesihatan. Katanya hari ini semua makanan pun dah tak asli macam dulu lagi, semuanya ada chemical. Sayur yang kita belipun ada chemical. Betul juga katanya. Katanya dia susah hati sebab hidup kena cari duit, masaalah ada banyak. Saya kata pada driver teksi tu, dalam hidup kita kena ‘take it easy’. Ha ha ha

Dia tengok saya macam muda lagi dan tak macam umur 44 tahun. Katanya lagi untunglah saya jadi pemuzik sebab main muzik ni boleh release tension atau ketegangan. Saya hanya ketawa saja dengan pandangannya. Muzik bagi saya sesuatu yang surreal dan mistikal juga bergantung sejauh mana faham kita tentangnya. Apapun semuanya dari Tuhan dan milikNya juga. Interprasi membentuk persepsi. Persepsi yang paling penting ada di diri kita sendiri bagaimana kita mengolah dan menganyam kehidupan ini untuk menjadi menarik atau sebagainya.

Apapun berbahagialah dengan watak kita di dunia ini.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.