Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

TENTANG BAHAGIA DAN CERITA SEEKOR BABI

0 comments

Semalam ( 25hb julai 2013 ) seorang mamat datang kepada saya…saya rasa umurnya dalam lingkungan awal 30an…katanya dia hormat cara saya dan saya pun perlu hormat cara dia juga..katanya dia kenal dalaman saya dan saya pun mesti kenal dalamannya juga.

Katanya lagi dia respek saya dan saya pun perlu respek dia juga sebab katanya kita dalam aliran kefahaman yang sama…selepas itu diambilnya buku Sembang Tepi Jalan saya senaskah dan selepas bersalaman, terus mahu berlalu pergi…

Saya tanya kenapa ambil buku saya itu? katanya sebab saya kenal dia dan dia kenal saya maka saya perlu benarkan dia mengambil buku saya itu…

Saya kata buku itu perlu dibayar kerana saya hanya mendapat royalti dari setiap hasil jualan..kalau nak ambil album-album saya ambillah…sebab kadang-kadang ada seorang hamba Allah yang mungkin isim juga yang sering datang berjumpa saya, umurnya pun dah menjangkau 50an saya kira. Katanya dia nak album saya, tapi cuma ada rm 5 saja..saya kata ambillah..tak ada masalah..

Maka mamat yang mungkin isim itu tadi pun letaklah semula buku yang diambilnya itu ke tempat asal dia mengambilnya tadi. Saya malas melayannya bersembang sangat kerana dia sudah diluar jangkauan…

katanya dia sudah mengenal yang di dalam dan mampu melakukan apa saja sebab dia dan saya berada di tahap dunia, bukan amatur lagi…ha ha ha

Mamat itu asalnya dari dunia persilatan melalui ism dan caranya dan dia waktu itu dalam keadaan yang tegang sebenarnya. Mulutnya pun berbau minuman keras tapi yang itu saya tidak kisahlah, tapi pantang dicuit dia akan cepat melenting…

Akhirnya dia pun berlalu pergi dan saya menarik nafas lega. Itulah dan itulah yang selalu terjadi…

Benda ni sebenarnya tidaklah rumit jika kita faham di mana duduknya tahap faham kita dalam mengenal. Dan biasanya orang yang faham, mereka akan tenang selalu…Kerana Allah itu suka diam dalam jiwa yang tenang. Kalau jiwa kita berserabut macamana Dia nak duduk?

Antara jiwa dan minda itu dua hal yang berbeza. Folder kejiwaan memang luas, seluas angkasa yang tidak ada hujungnya. Jika kita letakkan ilmu Allah itu di dalam jiwa punca segala rahsia itu, insyaallah kita tidak akan isim atau melalut perasan yang bukan-bukan.

Kalau antara hati perasaan pun kita tidak boleh nak bezakan, macamana kita nak belajar mengenal?

Masalah akan datang jika kita letakkan ilmu Allah itu di dalam minda. Minda tidak akan rileks, malah akan merangsangkan perasaan kita tentang hal-hal yang melibatkan nafsu dan kebendaan. Jadi akhirnya kita akan kata kita inilah insan yang terpilih, yang nombor satu, yang bersih dan suci, wali Allah dan macam-macam lagilah..Segalanya akan keluar melalui ismi dan perlakuan kita..dan apabila keadaan tidak terkawal, habislah…bagi saya itu semua tidak ada dalam list seorang pencari yang sejati…

Untuk mengenal yang di dalam, kita perlu belajar bagaimana mahu mengosongkan fikiran kita akan hal-hal dunia…Kita akan dapat memahami nya jika kita belajar atau ada inisiatif untuk mahu mengikis sedikit demi sedikit cerita nafsu dan daki duniawi.

Apabila kita sudah sampai kepada tahap fahamnya tanpa kita sedar, kita tidak akan memerlukan apa-apa lagi selain Dia…Dia ada dan kita pun bahagia…itu yang penting…

Cerita dari seorang pencerita, dulu kala ada seorang manusia yang tinggi darjatnya disisi masyarakat, yang kaya-raya tapi banyak melakukan dosa dan silap dalam hidupnya. atas sumpahan maka dijadikanlah dia seekor babi sebagai karma yang perlu ditebusnya. Untuk menjadikannya hidup semula seperti manusia, maka dia perlu ditembak sehingga mati. Dan selepas itu si kaya itu akan kembali menjadi manusia baru yang suci tanpa dosa…

Makanya si kaya itu pun jadilah seekor babi. Sehingga akhirnya babi itu mendapat pasangan dan beranak-pinak hidup dalam bahagia sebagai makhluk Tuhan juga walau dihina kerana hodoh dan jijik. Pada suatu hari datanglah seorang penembak mahu menembak babi itu.

Tiba-tiba penembak itu terkejut mendengar rayuan babi itu yang katanya janganlah dia ditembak kerana dia sudah mendapat kebahagiaan hidup setelah menjadi babi dan tidak mahu menjadi manusia lagi…akhirnya penembak itu pun membatallah niatnya untuk menembak babi itu tadi…

Begitulah ceritanya..jangan bimbang, bahagia ada di mana-mana walau siapa pun kita…carilah suisnya yang ada di dalam itu…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.