Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

tentang kesetiaan………

11 comments

Gua dengar lagu Penyanyi Legenda Surabaya,Gombloh..gua memang peminat dia..dia rabak bin hancurrrrr…but itu luaran..dalaman dia,apa yang ditinggalkan untuk kita memang berkesan dan relevan sampai bila-bila..kat bawah ni gua ceitakan pasal Gombloh…ada tulis pasal dia..cuma ada lagu dia yang buat gua rasa terkesan..nama lagunya ‘lagu anak seorang pencuri’..dan liriknya menceritakan tentang kesetiaan dan hormat sang anak pada ayahnya,walau pun ayahnya seorang pencuri..kerana sang anak tahu,ayahnya terpaksa mencuri untuk menyara dia dan keluarganya..

susunan bahasanya sangat menarik…itulah kalau anda berkesempatan atau terjumpa dimana-mana kaset or CD Gombloh ni,BELI!! kerana kata-katanya akan buat kita berfikir tentang kehidupan yang sebiasanya kita..hehe

Itulah..subjek KESETIAAN ini sangat menyentuh dan buat gua berfikir dan merenung..

1- tentang kesetiaan Indrajit terhadap ayahnya Rawana didalam Kitab Hindu lama ‘Seri Rama’..walaupun dia tahu ayahnya lambang kejahatan sejagat..Indrajit mati kerana kesetiaan pada ayahnya..mati ditangan adik Seri Rama..Laksamana…dan kata-katanya,”aku tahu Rawana itu jahat,dan aku tahu dia akan menerima takdir atau karma atas apa yang dilakukan,dan aku masih setia padanya,bila disuruh aku membunuh Seri Rama,atas dasar kesetiaan dan kasih sayang..aku rela..walau aku tahu aku akan mati akhirnya..”

2-tentang kesetiaan Hang Tuhan pada Rajanya..walau dia tahu dia difitnah dan Jebat menderhaka kerana menuntut keadilan..dulu gua tak setuju dengan semangat Tuah yang dikatakan setia melulu..sekarang gua gantung jawapan itu dilangit..hehe,sebab semua cerita/skrip bukan kita yang bikin..haha..jadinya gua akan rasa selesa dan adil..

3- Kesetiaan hamba pada pencipta…apakah hak kita untuk mempersoalkan tentang ciptaan dan apa yang ada dimukabumi ini?buruk,baik,ada orang cacat,ada orang sihat,ada orang kaya,ada orang miskin,ada orang pandai,ada orang bodoh..ada orang jahat dan ada orang baik..mengapa semua ini ada disekeliling kita?..kalau orang itu kaya raya,dan cucu cicitnya akan kayalah juga..sebagaimana amalan umat manusia hari ini yang masih mengamalkan sistem Kapitalis..unless kalau dia itu Gautama Budhha yang sanggup meninggalkan kemewahan dan kuasa untuk visi yang lebih ke spiritual sifatnya..atau Tok Guru Nik Aziz yang sanggup tinggal dirumah sederhana dan memotong elaun MBnya..Gua kalau dulu selalu mempersoalkan tentang semua ketidakpuasan hati tentang apa yang kita rasa dan fikir..sebab gua berhak untuk bertanya..pada siapa?Pada Tuhan yang menjadikan..sebab gua pun dijadikan Tuhan..sama dengan semua makhluk dimukabumi ini..dan semuanya pun bersifat sementara..dipinjamkan sifat-sifat..dan gua pernah memaki takdir..mungkin kurang ajar ..tetapi itu maknanya kita jujur pada diri..dan apapun kita menerima..itu sebab bagi gua..dalam hidup ini MENGHARGAI,MEMAHAMI itu lebih baik dari MENGHUKUM..kalau nak hukum juga,contohnya kita benci melihat pengemis,atau pelacur yang melacur di Chow Kit contohnya..yang terbaik fahami,dan selami isi ceritanya..kehidupannya..sebab gua pernah bersembang dengan sorang pelacur yang terpaksa bertungkus lumus mencari duit nak sara anak-anaknya yang membesar.Suami?Suami pun penagih tegar..tak boleh harap..tinggalnya dimana?di sebuah bilik kecil yang saiznya saiz bilik mandi..berak kencing semua kat situ..itu sebab juga bagi gua,kita ni ada jabatan agama itu,jabatan agama ini,jabatan kebajikan masyarakat..tak tau la diorang ni prihatin ke atau apa yang diorang buat..yang gua tahu kalau pasal si Sufiah yang jadi pelacur tu sanggup diorang kesana,cuba nak pujuk agar kembali kepangkal jalan..hahahaa…yer lah.itu duit kesana ada peruntukan,boleh jalan-jalan..shopping sana sini..HOII!!pergi le jenguk kat Chow Kit tu….bersepah orang gelandangan,pengemis,pelacur yang lebih berhak dan sepatutnya dibantu…si Sufiah tu bukannya heran kat kita pun,dia pun entah ada agama lagi ke atau tidak..wallahualam…yang gua tahu dia cakap dia sangat happy dengan apa yang dia dapat dan sedang alami sekarang ini….yer lah kalau dia jai lecturer berapa jer income yang dia akan dapat..dibanding income yan dia dapat melalui kerjayanya sekarang..pun kita ak boleh nak hukum juga sebab itu TAKDIR hidup dia dan dia sedang melaluinya..siapa tahu dihujung jalan terbuka hati dia untuk sesuatu yang lebih bermakna..kita tak tahu dan kita tidak akan tahu..kalau terbuka hati dia,siapa yang bukakan?bukankah Tuhan juga…?Tuhanlah atas segalanya…

Itu sebab pada gua,kalau anda tak puas hati…mengadulah pada Tuhan..dan anda akan dapat jawapannya..hehe..mengadu pada manusia pi mai pimai tang tu…tak ada solution..sebab manusia sendiri pun bukanlah sempurna sifatnya..agama pun semakin menjadi nilai barang dagang yang murah harganya,boleh dijual beli,,hehe…apa yang kita boleh expect?hehe

entahlah..ekonomi makin merudum,duit kita makin kecik..tadi berjumpa dengan Kamal Sabran..yang baru pulang dari Singapura..katanya,rm 1000 duit kita,kat sana baru 400..hehe,itupun kita masih cakap kita ok ke?cerita politik kitapun menjadi bahan lawak paling kelakar pada diorang…malah ditertawakan seantero dunia..itu lah kita,rakyat Malaysia ..hehe..

TAJUK:GOMBLOH..SANG GENIUS JALANAN

Beberapa hari yang lepas,saya singgah disebuah Kompleks Belibelah,untuk membeli sedikit barang keperluan rumah,selepas itu singgah pula disebuah kedai kaset/CD ..dan terjumpa sebuah album dari penyanyi Folk/Rakyat kelahiran Surabaya,Indonesia..GOMBLOH..dan tanpa banyak soal saya terus membeli album beliau..san ianya sungguh mengasyikkan halwa dan jiwa. 

Saya mula mendengar lagu-lagu Gombloh sejak tahun 1984,sewaktu ditingkatan lima waktu persekolahan dikampung dulu..pertamanya sebab saya memang suka mendengar lagu-lagu yang berentak Folk yang merakyat .Kalau diIndon ada Iwan Fals,Ebiet,Leo Kristi,Doel Sumbang atau Franky Sahilatua dan mungkin banyak lagilah.Lirik-lirik dalam lagu mereka sangat segar dan tak dinafikan saya membesar dengan lirik-lirik lagu yang sebegini,ianya begitu mendekatkan kita dengan maknaTuhan,alam dan kemanusiaan.Dan mereka-mereka ini masing-masing punya trademark tersendiri,Ebiet dengan keunikan suara dan kelembutan dalam bahasa puisinya,Franky dengan Folk baladanya,Fals dengan suara emosi yang dapat menggegar Indonesianya.Dan bagi saya walau Fals yang paling berjaya dan masih aktif dalam dunia seni muzik diIndonesia,saya lebih selesa mendengar lagu-lagu Gombloh,sebab Gombloh dalam lagu-lagu mahupun dalam dunia nyatanya begitu sebiasa sekali,dan yang paling penting dia tak punya kepentingan yang besar dalam hidupnya,manakala Fals semakin hilang taringnya bagi saya,maklumlah apabila nilai kebendaan itu semakin menguasai akal dan fikiran,apalah yang mampu kita buat.. 

Gombloh atau nama sebenarnya Soedjarwoto Soemarsono dilahirkan di Jombang,Surabaya pada 14 julai 1948,anak ke empat dari enam adik-beradik,dan bapanya,Slamet adalah seorang peniaga menjual ayam di Pasar Tani dikampung mereka.

Beliau berpendidikan SMAN 5 Surabaya dan sempat juga belajar di jurusan Artisektur Institute Teknologi(ITS)Surabaya,namun kandas dipertengahan,lantaran jiwanya yang tak suka disekat dan dikongkong,lantaran itu Gombloh meninggalkan kampung dan gelandangan sebagai seniman Jalanan diBali. 

Bersama kumpulan muziknya,Lemon Trees,yang dianggotai oleh Gombloh sendiri sebagai penyanyi,tabla,conga,drum dan bass,Wisnu Padma(akustik piano dan keyboard)

Gatot(Elektik Gitar)Tuche(bass)dan Totok(drum),terhasillah album pertama mereka yang bertajuk Nadia&Atmosphere dengan lagu hit mereka yang berjodol Lepen pada tahun 1978 yang berkonsepkan folk dan Art Rock dan tercetuslah sebuah fenomena dalam dunia muzik Indonesia.Melalui album solo atau bersama Lemon Trees,Gombloh sempat menghasilkan 15 buah album 

1.Nadia dan Atmosphere(1978)

2. Mawar Desa(1978)

3. Kadar Bangsaku(1979)

4.Kebyar-Kebyar(1979)

5.Pesan Buat Negeriku(1980)

6. Sekar Mayang(1981)

7. Terimakasih Indonesiaku(1981)

8. Pesan Buat Negeriku(1980)

9. Berita Cuaca(1982) 

10.Kami Anak Negeri ini(1983)

11.Gila(1983)

12. 1/2 Gila(1984)

13.semakin Gila(1986)

14. Apel(1986)

15. Apa Itu Tidak Edan(1987) 

Karya dan lirik-lirik Gombloh bagi saya begitu dekat dengan kehidupan seharian golongan Marhaen khususnya..Bahasa yang digunakan walau kadang berunsur Humor,namun jelas perwatakan dan ceritanya,merangkumi konteks sosial dan budaya bangsanya..seperti sebahagian lirik lagu Lepen.Lepen adalah singkatan pada Lelucon pendek. 

Malam minggu pertama aku piket

Dengan sisa wang disaku hampir lengket

Dengan tiga batang Dji Sam Soe

Kusimpan disaku Blue Jeans ku

Kirkers loakkan menambah angker ampangku 

Dan dibahagian yang lain dari lirik yang sama pula, 

Tapi apa lacur yang keluar adalah bapaknya

Dengan muka ditekuk persis kaya Unta

Dengan garang ia berkata

Gadisku tak ada dirumah

Sambil ngedumel kuberkata dalam hati…Bangsat!! 

Juga terdapat banyak lagi lagu-lagu yang hebat didalam album-albumnya,seperti nyanyi anak seorang pencuri,Selopen,selamat pagi kotaku,yang lirik-liriknya bercerita tentang kehidupan,pelacur,pencuri dan gelandangan.

Saya amat terkesan bila mendengar lagu Nyanyi anak seorang pencuri,yang bercerita tentang seorang anak yang menerima seada keadaan  ayahnya yang terpaksa berkerjaya sebagai seorang pencuri untuk mencari nafkah hidup dan keperluan.Lirik-lirik nya boleh menginsaf dan menyedarkan kita pada kehidupan realiti yang nyata. 

Pun begitu karya-karya beliau juga ada yang begitu Patriotik dan nasionalis seperti lagu Kebyar-kebyar yang akhirnya dijadikan sebagai lagu tema semasa perjuangan menuntut Reformasi diera Presiden Sukarno dulu.Lagu-lagu nasionalisnya yang lain seperti Indonesiaku,Indonesiamu,Pesan Buat Negeriku,BK(Bung Karno).Perhatikan bait-bait lirik dalam lagu Kebyar-kebyarnya 

Biarpun bumi bergoncang,kau tetap Indonesiaku

Andaikan matahari terbit dari barat,kau pun tetap Indonesiaku

Tak sebilah pedang yang tajam dapat palingkan daku darimu                   

 Martin Hatch seorang peneliti dari Cornell University mengangkat album Gombloh,Berita cuaca(1982) sebagai karya ilmiah bertajuk Social Criticsm in the songs of 1980’s Indonesian Pop Country Singers dan dipersembahkan dalam seminar muzik the Society of Ethnomusicology yang berlangsung di Toronto,Kanada pada 2 hingga 5 november tahun 2000. 

Gombloh memasuki era pasaran komersial diawal karya 80annya dengan lagu hit,Kugadaikan Cintaku yang berjaya dijual melebihi 1 juta keping.Dan diera-era ini juga Gombloh kalah dengan arus komersial,dan seakan tidak dapat mempertahankan idealismanya dalam berkarya. Selain lagu Kugadaikan cintaku,lagu-lagu lainnya diera ini gagal menarik minat saya.. 

Itulah Gombloh,gelandangan tersohor milik Indonesia yang malangnya hanya dikenang oleh pihak Kerajaan selepas kematiannya.

 

Gombloh meninggal dunia di Surabaya pada 9 januari 1988 atas sebab kesihatan,dan juga mengidap berbagai penyakit. 

Folk bagi saya tetap punya penggemarnya dimana-mana juga didunia ini, tanpa mengira apa bangsa atau bahasa.Di Amerika dengan Bob Dylannya,di Eropah dengan Donovan yang begitu popular dengan lagu Colour,Universal Soldier dan Catch In the Windnya,

Di Malaysia?Kita sepatutnya ada Kembara yang teraju utamanya M.Nasir,A.Ali dan Shahlan ,cuma personally bagi saya Kembara diawal karya mereka hebat terutama melalui album Generasiku..Lagu-lagu seperti Lindungilah Kami,Jalan Sehala,Bas No 13 dan Musim begitu berkesan dengan lirik-lirik yang punya elemen kemanusiaan,alam dan Tuhan.Umpama lagu Musim,Kembara lenyap dan hanya tinggal kenangan.M.Nasir awal-awal lagi telah memilih aliran komersial,dengan lirik-lirik yang macam bagus,walau taklah sebagus mana pun pada hakikatnya pada saya. 

Apabila nilai Material itu mengawal dan mengongkong minda,maka jadilah kita manusia yang kalah dalam pertaruhan nasib yang kita mainkan sendiri.END

 

 

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. sori..Hang Tuah..bukan Hang Tuhan..bukan ke jauh lari makna dan maksudnya?tersilap tulis..hehe

  2. kita ini ibarat badut yang sedih tapi kelihatan gembira juga ;)

  3. ya bro…it is..heehe

  4. Rabak bro…tak pe kat kedah banyak HANG,macam-macam hang ada…betul lu cakap gua layan lagu lama-lama kembara tapi depa sudah out…insy gua cari gombloh try layan…jadi manusia ni memang seronok kalau kita tahu warna-warni kehidupan ekkk..tapi kena faham lah…faham tentang diri betul-betul…ha..ha

  5. Pergh… banyak rujukan ko meor… baguih-baguih…

  6. meor19..
    bro meor kita rajin buat research…

    tk silap aku lagu madu n racun/singkong yg popular thn70an dulu dia yg nyanyi kot??

    correct me if i’m wrong..:)

  7. ya bro…hehe..keept it up…life’s a journey..not a destination….

  8. meor19-bil mau turun ipoh..?hehe..

    ben harper…musik pun satu cabang ibadah juga..melalui lirik dan lagu,bisa atau mungkin kalau tak byk sket mendekatkan kita pada subjek hidup yang nyata,bukan hollywood apatah bollywood..untuk halwa jiwa..tuntutan alam..hehe

  9. singkong dan keju lagu gombloh,tapi mungkin dinyanyikan oleh sapa ya gua tak perasan…hehe,act period lagu2 dia masa tu pop komersial..awal 80an,so im not into it sangat..hehe

  10. bro… bukan tak nak balik… tapi terlalu banyak kerja… sibuk dengan sponsor malam pesta jiwa lagi… memang kene jumpe untuk malam pesta jiwa kita… nanti aku call… jangan call aku… hehe… mintak ricecooker promote dalam blog dia…

  11. bro… nanti mintak le kengkawan rakam show live mu di tv1 guna astro…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.