Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

tentang malam pesta jiwa..22/8/08

3 comments

1-Aku baru balik dari Pulau Pangkor dengan famili semalam..kat Pangkor orang dah tak ramai,kerajaan dah tak support kot dari segi budget pelancongan..kesian sebab peniaga chalet kat sana banyak melayu..But trust me,kalau ada masa berkunjunglah kesana,airnya menarik,berombak,,anak-anak bergumbira sakan,yang letih bapaknya sebab kena guide diorang,,yang kecik sekali pulak tak nak diguide..hehe

2-Pesta Jiwa ..jiwa yang berpesta..jiwa itu diterjemahkan sebagai dalaman,iman..iman itu bukan suatu yang material….yang pasti sesuatu yang berjiwa itu bukannya mementingkan luaran semata,ianya kejiwaan..kejiwaan itu bukannya kesempurnaan juga..sakit jiwa pun sebahagian dari kejiwaan juga..ashik mashuk pun berkait dengan kejiwaan juga..

3-jadinya 22/8/kita akan bikin satu program ‘MALAM PESTA JIWA’..peserta yang dipilih bukannya bintang,atau artis besar…semua nya dipilih berdasarkan etika dan ikhlas mereka dalam berkarya..tak kiralah samada dia pemuzik jalanan atau aktivis..yang penting dia tahu siapa dia disisi Tuhan…dan mereka akan berkarya melalui lagu/sajak yang dicipta sendiri..macam Black,Azmyl Yunor,Pyan,Suhaimi HJ Muhammad..Rahmat Haron..Lantera Jiwa..mereka-mereka ini tahu hala tuju masing-masing dalam apa yang mereka tahu dan faham..Seni itu bebas,itu sebab ada pop art,ada abstract,surreal..modern art..ada macam-macam…

4-Seni itu ibarat kita mendalami ilmu kejiwaan..hakikat..seni yang jujur itu pada pendapat aku berlandaskan hakikat..sebab hakikat itu kebenaran..kebenaran itu pada diri yang menilai..bukan pada masyarakat yang menilai..mungkin seni yang jujur itu tak sedap sebab tak digemari oleh masyarakat banyak..dan memang pun dibegitukan sejak alam ini terbentuk..cumanya kita perlu positif,dan insyaallah ianya semakin berkembang dan diterima..kamu tidak perlu masuk kedunia seni itu sejujurnya kamu..cuma kamu perlu memahami istilah seni itu sedalamnya..sebab pada aku seni itu bukan pakai baju berkilat,bukan contact lanse,bukan barangan perhiasan badan yang berjenama..nope,kamu boleh berpakaian selayak pengemis pun tidak mengapa..bawalah diri kamu seadanya..sejujurnya..kalau kamu mahu berindah-indahan pun tidak mengapa ,asal kamu bahagia..dan kalau kamu tidak berbaju pun tidak mengapa,kalau itu yang kamu mahu..jadinya itulah seni,dan kawan-kawan pun semuanya faham tentang siapa mereka dan apa yang mereka mahu dalam hidup ini sebenarnya…

5-dan kalau berkesempatan,berkunjunglah kesana…masuk percuma…..dan penghargaan perlu pada kawan yang menjayakan program ini..meor khairol dan Syes perkusi..mereka ini gigih dan berusaha keras dalam mencari dana secara kecil-kecilan semata untuk menjayakan program malam pesta jiwa….

6-wassalam……….

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. 22/8. Di mana tu?

  2. 22/8 di YKP,ipoh…belakang TESCO EXTRA..berkenaan peta blh kunjungi http://www.lantera-jiwa.blogspot.com

    tempatnya diPerak..tq

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.