Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

terimakasih Tuhan..sebab bagi aku pening

4 comments

Semalam ada seorang pembeli dari utara,sms tanya macamana nak beli DRUR..Jadi aku pun reply la,bagitau cara pos la,bagitau juga harga sekian sekian..so ok lah aku rasa,rm 20 saja..jadi pembeli ni tak reply balik,kebetulan aku masih ada no dia,jadi aku pun tanya..jadi ke nak order DRUR?

Lepas tu dia reply,dia cakap..’malam ni nak buat sunat isthikarah dulu,besok baru boleh bagitau nak beli ke tidak..hahaha…aku termenung,tak tau nak cakap apa..hahaha..Lepas tu aku reply juga,aku cakap..”benda ni jangan bagi complicated,bukannya ada hal sangat pun..rm 20 saja..kalau ada was-was atau rasa tak selesa,atau masih fikir boleh ke tidak dengar muzik macam ni..tak payah le beli..
Aku pun tk tau apa orang lain fikir,sebab itu pegangan masing-masing..cuma inilah pertama kali aku dapat jawapan yang macam ni…Apapun tak kisahlah..dengar muzik,apalah sangat..bukannya boleh bawak ke mati..tapi kalau kita calculative sangat pun tak elok juga,itu pada aku la..hidup ni bergantung pada nawaitu kita,cuma aku rasa tak akan ada pembeli yang rasa berahi atau bernafsu gelora,sampai naik shahwat bila dengar lagu I.S.A,atau bapakku seorang YB,atau memali?atau lagu pasal Shamsiah Fakeh..ha ha ha..ke ada yang jadi gitu bila dengar lagu-lagu dalam album DRUR ni?hahaha..sakit tu beb!!

apapun itulah SMS yang terbaik yang aku terima dari pembeli album DRUR…terimakasih

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. bro,
    pergh…..detail betul mamat tu

    tapi kalau nak kawin dua/tiga/empat rasanya mamat tu tak akan solat istikarah kot…redah jeh! hahaha!

  2. pd aku ni album paling brnafsu utk aku dgr….coz ianya ade cerita dlm setiap lagu..brbeza dr album lain yg aku leh tau pebnde nk disampaikn….

  3. wah. itu sudah bagus. lepas ni banyak2kan buat cd bro meor. 😉 aku akan beli tanpa istikharah. janji.

  4. bro…mungkin takut tergugat dengar suara amoi tu …..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.