Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

This is real…D.R.U.R(Dari rakyat untuk rakyat)

14 comments

Ada artikel pasal album baru gua yang akan diterbitkan sedikit mansa nanti,dalam Tabloid Suara Keadilan..isu 171..yang ditulis oleh Amin Iskandar(Black)…

Gini,gua kena cari dana untuk bikin ini album beb….Sebabnya gua mau bayar studio,produser,sessionist,print CD’s..lay out cover…Cakap terus terang..This is real,album ini bukan untuk hari ini,tapi untuk tatapan generasi akan datang ..Gua dah ada 6 album,dari segi achievement sebagai artis yang ikut kepala sendiri,gua bersyukur kerana hasil karya gua diterima walau taklah sebesar Mawi atau Nasir atau Awie atau Amy,gua ada sebab dan alasan yang munasabah untuk berpuashati..Semuanya atas pertolongan Tuhan,sebab atas segala sebab,Dialah yang diatas…Dari awal lagi,gua sudah reject arus komersial..semuanya atas dasar prinsip..Pun gua masih disini,dan album pun masih dijual sehingga hari ini..Hidup itu praktikal..jadi gua tak anggap gua ni hero pun,kerana kita semua kawan-kawan..hidup biasa-biasa saja..Untuk merasa atau perasan didalam dunia glamour artis,tak ada langsung dalam list otak gua,sejak dari mula berkarya..Mungkin gua kurang faham atau tak nak faham..Konklusinya gua tak berminat untuk duduk dalam dunia artis yang tak sesuai dengan selera jiwa gua….Musik itu perlu lahir dari hati dan kemahuan..Dari jiwa yang sederhana,sebab jiwa itu bukannya kehendak luaran,ianya untuk santapan dalaman..Dalaman itu dari segi kehendak dan permintaannya,hanyalah yang gitu-gitu saja..Dan sampai sekarang pun gua masih dalam proses menterjemahkan makna hidup dan keperluan dalam hidup yang sedang gua jalani ini..Hasilnya gua taklah kaya-kayapun,tapi tak lah teruk juga.. yang pastinya gua ada ramai kawan-kawan yang cool dan sewaktu dengan gua..hahaha..

Untuk album baru  nanti,ianya penting..penting pada gua sebab hampir semua lirik-lirik ditulis oleh kawan-kawan seperjuangan yang gua respek dan hormat..Zunar,dia ni gua kenal bukan sehari malah dari tahun 90 dulu..Dan dia sangat firm dengan apa yang sedang dan akan diperjuangkan,Seperti juga Black,Rahmat Haron,Ubi Lepih,Abdullah Jones,Hishamuddin Rais,Amer Hamzah Arshad dan Pyan Habib..

Nama-nama yang gua tulis diatas adalah sangat penting untuk tatapan dan ingatan untuk generasi hari ini mahupun yang akan datang.Mereka bagi gua adalah pejuang sejati ..Dan mereka sangat penting dan punya peranan yang besar dalam misi yang sedang diperjuangkan..Gua sendiri yang offer mereka-mereka yang memang kawan gua untuk involve dalam projek album (DRUR) ni..Gua bolehlah diibaratkan sebagai penyampai hasrat  cuma.Mungkin visi berbeza,namun tujuannnya sama..

Gua cakap dengan Zunar,gua boleh buat simple tapi Zunar malah kawan-kawan pun mahukan yang terbaik,sebab benda ni untuk tatapan pendengar dan generasi hari ini mahupun esok..Kalau mahukan yang terbaik,memerlukan perbelanjaan yang setimpal dengan kualiti muzik dan rakaman..Itu sebab album ni memerlukan sokongan dari kawan-kawan yang turut sama berjuang..Nanti kita boleh berlagu sama-sama,nyanyi sama-sama,walau sumbang..Jalan terus beb…….hehe

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. baim van buyten says:

    bro…bila dah siap album ni nanti, lu jual untuk orang orang kat overseas tak?sebab gua duduk overseas ni..album lu yg dulu pun gua angkat mase balik Malaysia tahun lepas..

    ape2 pun bro..kalau lu tak pos album ni ke overseas, gua akan angkat album lu bile gua balik tahun depan..harap2 album lu dah siap la time tu..haha

    mintak diri dulu bro..salam.aman untuk semua!

  2. alrite bro..siap gua bboleh pos..no problem..biasa byk juga dari oversea yg gua dah poskan utk album2 dulu..

    tq

  3. tuan meor,
    edisi 171 dah keluar last week…dah baca pun.. :)

  4. shahrizalisme says:

    Gua pun nak tempah satu bro…siap nanti kasi pos ke Melbourne, Australia. Gua bayar ke akaun lu Bro, transfer online dr akaun gua di Malaysia.

  5. kalau la gua kaya ringgit malaysia…

  6. pyanhabib:memang Tuhan kasi lu tak kaya bro..sama macam gua juga,atau ,mungkin lu senang sket daari gua..hahah..

  7. gua mahu terlibat dlm album ni..tukang sapu studio pun ok..haha!
    camanala ‘bapaku seorang waibi’ jadi lagu ek?

  8. bro,
    aku dpt berita dari brader pyanhabib pagi tadi pasal arwah ayah mertua..takziah dari aku…semoga rohnya dicucuri rahmat…amin..

  9. ye ke? Al fatihah!

  10. ha..ha..ha wa teringat pilem 7Samurai n versi inglish nya mangeficiant7…ha..ha..ha..jalan terus…wa pun macam pyan kalau la wa kaya RM..he..he…ini lagu hidup..hidup kita

    Semoga Arwah sejahtera di alamsana.

  11. kita kaya beb..kita kaya!

  12. salam… bro… tumpang promo tee-shirt ya… =)

    T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC

    (1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )

    (2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )

    (3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )

    (4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )

    http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html

  13. napa tak buat t-shirt utk album lelain macam t-shirt padang…mutu t-shirt bagus…artwork pun bagus…biaya untuk recording berapa?…

  14. bro,
    kalo nak tolong psl studio n producer saya boleh tolong kot. saya InsyaAllah boleh tolong reduce harga. saya bercakap tentang pro quality album.
    apa2 call/sms.

    017 504 8661

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.