Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

TIKA HUJAN KUBERDOA

0 comments

Saya kenal Jimadie Shah Othman sejak awal tahun 2000 lagi dan pernah mengundang beliau membaca sajak sewaktu program Artist Jam at Cm tahun 2003 yang saya anjurkan bersama pelukis Adeputra di Central Market.

Sewaktu saya di Bangsar selalulah melepak dengan beliau bersama rakan-rakan lain di mamak Mydin biasanya. Jimadie ada attitude rugged dalam dirinya, mungkin sebab itu kita boleh rapat sebagai kawan.

Kolobrasi antara saya dan Jimadie dalam bidang penciptaan lagu/lirik juga selalunya menjadi, cuma lagu yang dicipta tidaklah popular di corong radio kerana untuk ke sana agak sukar melainkan jika ada connection atau orang dalam.

Pada tahun 2010,beliau menulis lirik tentang kemesraan antara beliau dan anak sulungnya, Adam Azfar. Jadi sayapun lagukan lirik tersebut menjadi melodi dalam mood folk/country yang riang tapi jujur. Waktu itu anaknya Adam masih sihat dan aktif sebagaimana layaknya seorang kanak-kanak berumur 4 tahun lebih. Judul lagu tersebut ‘Lagu Kereta Kecil’.

Bulan lepas, Jimadie dan keluarganya menerima khabar atau dugaan yang sangat hebat. Adam Azfar anaknya yang berumur 6 tahun disah mengidap penyakit kanser ketumbuhan dalam otak. Saya dan kawan-kawan sangat bersimpati akan nasib yang menimpa beliau sekeluarga. Namun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Apapun walau sehebat mana dugaan, itu tetap namanya ‘kehidupan’. Dalam hidup ini kita mengalami mimpi, ada yang indah, ada juga yang ngeri.

Sewaktu anaknya di HKL, selalulah saya menjenguk jika ada kelapangan. Dari tak lalu makan dan hisap rokok dua tiga hari, jimadie berjaya bangkit dan cuba kuatkan semangat untuk terus menghadapi hari muka yang mencabar.

Untuk itu saya cadangkan beliau menulis lirik tentang anaknya. Lagu yang dulu ok, tapi moodnya ceria..beliau mengambil masa yang agak lama dan saya tidak memaksa kerana sesuatu yang jujur itu perlu lahir dari dalam, bukan luar.

Maka lahirlah sebuah lirik dedikasi untuk anaknya, Adam Azfar. Judul lagu tersebut, Tika Hujan Kuberdoa’..

Insyaallah kita akan jadikan lagu tersebut dalam waktu yang terdekat sebagai single. Hasil jualan akan diserahkan kepada keluarga Jimadie untuk rawatan anaknya.

Apa pun, saya turut berbangga kerana keprihatinan sikap kawan-kawan dekat dan jauh yang sangat membantu beliau dalam bentuk kewangan dan sokongan.

Kepada Jimadie dan keluarganya, kuatkan lah semangat..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.