Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG..

0 comments

Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka.

Tunggu peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak..

Saya berbual dengan rakan seperjuangan, Tapi Otai atau Mustaffa Hidzir, pereka cover artist terkenal tanahair selama 3 dekad..

Tapa ni selalu singgah kalau dia ada kelapangan..dan kita akan berbual bertukar pandangan tentang hidup, muzik dan seni..

Saya respek cara dia exposekan bakat dan hasil seni sehingga karyanya berjaya diterbitkan dan dari situ dia mampu menuai bahkan menikmati hasil atas kreativiti dan seni grafiknya.

Dia tidak menunggu peluang yang datang, sebab mana ada buku tentang cover artis yang diterbitkan sebelum ini?

Bahkan dia mencari peluang dan ruang..ianya bukan proses yang mudah..untuk meyakinkan pelabur akan hasil karya kita sehingga mampu dibukukan..

Apabila berjaya, prosesnya berkembang dan diterima baik dari masyarakat juga badan kerajaan sehingga berjaya menang anugerah demi anugerah..

Saya masih ingat cerita penyanyi lagenda Indonesia tentang bagaimana dia bermula sebagai artis rakaman..

Katanya, dia bermula sebagai pembantu kerja di studio rakaman, sebab kalau dia datang untuk audition, confirm akan direject produser..

Ianya proses, apabila peluang datang dan sang produser mula impress dengan bakatnya, di situlah segalanya bermula

So, mana yang lebih baik,tunggu atau cari?

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.