Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

UGAMA DAN MANUSIA

22 comments

Ugama mengajar kita untuk berbuat baik antara sesama kita,manusia.Semua ugama pun gitu.Sebabnya ugama adalah satu cara hidup.Tak ada ugama suruh kita buat tak baik terutamanya dari segi pembentukan jiwa dan sikap kita.Didikan yang baik akan menghasilkan umat yang baik juga,maknanya apa yang diajar itu dipraktikalkan dalam hidup kita sehari-hari.Hormat-menghormati,tidak ada rasa iri atau benci,berkasih-sayang..tidak ada hasad,tamak,riak atau benda-benda yang tak baik dalam diri kita.Jadi bagi orang islam,mereka akan diajarkan mengenai ugama itu.Sembahyang  contohnya.Sepatutnya kalau kita bersembahyang,tidak akan adalah sifat-sifat yang tidak baik itu dalam diri kita..Sebab sembahyang itu bukan setakat bersenam atau mengadap Tuhan 5 minit setiap waktu,atau 25 minit dalam 24 jam.Kalau macam tu masih ada jarak antara kamu dengan Tuhan beb!!hehe..

Kita diajar segala macam rutin keugamaan ini sejak dari kecil lagi,macam gualah..dari umur 7 tahun diajar segala macam asas ilmu ugama ni.Sembahyang,tajwid,fekah,mengaji,fardu ain,fardu kifayah.Dan dari situ sampai umur kita 15 tahun,Sepatutnya kita dah faham apa itu ugama dan ajarannya.Cuma yang buat gua pergi jauh kesana sini sebab,segala proses itu hanya untuk pembentukan otak,bukan jiwa..Kamu perlu pergi lebih jauh untuk lebih faham apa tujuan kamu disini sebelum kamu kesana.Macam sembahyang,bila kamu buat selalu ikut waktu,tanpa kamu mendalaminya,ianya macam program..feel pun hanya berlegar dalam konteks angan-angan,tak sampai kejiwa.Kalau gua,gua kalau nak kenal,gua tak nak gitu-gitu je,buat apa ..buang masa hidup gua je..hehe..Bersolat itu sangat bagus untuk latihan kerohanian,sebab itu secara formalnya kamu akan mengadap Tuhan dan cerita-ceritanya.Yang tak formalnya masa 24 jam kamu itu kamu sedang mengadapnya.Cuma kamu yang tak ingat dia,dia tetap ingat kamu,sebagaimana perjalanan nafas kamu yang turun naik itu berfungsi sehinggalah kenafas akhir kamu sebelum Roh kamu kembali dan abadi disinya.Cuma itu bab lain.Jadinya kalau kamu bersolat cukup syarat,dan jujur dengan solat kamu itu,maka aoutomatiknya sifat-sifat keji yang tidak baik itu akan lenyaplah dari dalam diri kamu.Tapi kenapa kita tidak ditekankan dengan bab iman dalam rukun sembahyang ni?Kenapa kita tidak diberitahu sejak kecil bahawa kita wajib sembahyang untuk lebih mengenal dia,untuk lebih mengenal diri,supaya diri kembali suci sesuci bayi kalau boleh.Kenapa kita dididik untuk bersembahyang untuk mendapat sebanyak yang boleh ganjaran pahala dan menghindar dari dosa?.Kenapa kita diajar untuk takutkan Tuhan melebihi segalanya sehingga kita buat sesuatu yang baik itu sebab terpaksa,dan takutkan nerakanya.Bukankah kita perlu diajar bagaimana untuk mencintainya.Itu lebih jujur sebab dari nilai kecintaan itu kita akan lebih mengenal dia,dan menghargainya melalui kehidupan ini.Sudahnya inilah yang berlaku hari ini dalam masyarakat kita.Ugama hanya satu alat untuk meyakinkan masyarakat yang kita seorang muslim yang suci walau dalam masa yang sama,hidup menipu sana sini,berlakon macam baik walau kita tidaklah sebaik manapun.Imej baik sekarang sangat laku dipasaran orang melayu.Orang politik(tak semua)orang ugama(pun tak semua) akan menggunakan imej baik dalam kerjaya mereka.Kamu tak percaya?Cuba kumpulkan 4 orang pemuda,yang macam ahli syorga manisnya..buat satu group nasyid yang namanya HAIRAN,HIJAB,atau NO HEART..Nama apa sajalah,gua gerenti album kamu akan dijual minimum 10,000 copies…Sebab?Orang Melayu Islam sangat mudah suka dan percaya dengan imej baik,sebab mereka sangat takut masuk neraka dan sangat takutkan Tuhan.Dah tua pun masih tak faham-faham lagi,payah tu beb!!Apa boleh buat,taik kambing bulat-bulat..ha ha ha…

Gua suka menilai manusia melalui kemanusiaannya,bukan nilai keagamaannya.Sebab dalam dunia ni bukannya hanya ada umat Islam saja beb!!Tu sebab orang-orang dulu kata,Cina jual sayur pun boleh masuk syorga juga..ha ha ha..Ye lah,Cina jual sayur tu mungkin hidup dia jujur.Yang orang munafik muslim yang macam baik ni,buat satu benda bersebab,nak syorgalah,nak pahala lah.nak kedudukanlah.bukan sebab Tuhan pun,sudahnya dimana nilai kejujuran dia disisi Tuhan?

Gua tak tau banyak benda juga beb.Gua pun Melayu,dan Islam juga..Cuma yang gua confirm ,Tuhan itu suka kalau kita bersikap jujur..kita seadanya kitalah..tak percaya?Lu Tanya Wak Jono..ha ha haha……….

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. bro,
    ramai burung kakaktua rupenye dlm amal ibadah ni ye dak?

    haha..tempias Wak Jono sudah sampai sini ya?

  2. haha..gua sikit2 saja bro,sekadar dipinggiran gitu..

  3. Bukan setakat kakaktua..tabik2 cakap lakunannya sembahyang tapi yg di persembahkan ada lah bangkai..ha..ha..wa lagi la di pinggiranya…ha..ha..Jantung kat wak jono tu bagus..ha..ha..

  4. sheikh,

    Anthony Quinn pun melakukan aksi sembahyang macam real dalam ‘Umar Mukhtar -Lion of the Desert’ tapi setakat going through the motions je la..ritual gitu.

    people potray an image of what they want the masses to see them as for personal benefits. hyprocrisy of the highest order. plastik sheikh, plastik hehheh…

  5. ya betul tu sheikh..esok kita ngeteh macm biasa,sebiasanya kita..that is real..real people..

  6. sham the otai haha..

  7. mr bojangle says:

    1. Bila budak2 tak blajar musik, tapi nak cakap pasal musik – kau kata meniru la, dangkal la, plastik la…
    2. Kau ni cakap pasal ugama ni, blajar ugama takat mana? Aku & kawan2 aku (jurusan agama) pun tergelak2 baca posting kau ni. Betul2 PLASTIK! Ini plastik yg tak boleh recycle punya!
    3. Pegi la ngeteh sampai kembung perut! Pastu salahkan semua orang kecuali engkau! Kah kah kah!

  8. mr bojangle:ok bro..tq..

  9. nikbinjidan@ blogspot.com says:

    mr bojan hutan oi..klu stakat jurusan ugama tk pyah la nk crta psal ugama,ko baru ada JURUS aje..ajak la kenkawan bojan ko tu dtg cm kita ngeteh skali..hahahhahaaaaaaaa

  10. baguslah ada jurusan agama, tiket ke syurga firdaus

  11. sebab nak sembang pasal agama mesti ada jurusan, agama adalah milik peribadi mereka, org lain tak layak dan kurang agamanya hingga boleh digelak2an..
    well bojangle,
    ahlan wa sahlan wal marhaban!

  12. Hello Mr. Bojangle,

    Kau ni lah “Burung Kakak Tua”.

    Samalah macam kawan-kawan kau tu.

    Ilmu cetek tapi cakap besar.

    Pergi belajar lagi….

    Perjalanan pun jauh lagi. Kau ni muda lagi….

  13. hmm aku suke care bro meor reply comment mr bojangle..cool lah..damai jek..xde gaduh gaduh.respect2.

  14. Damai adik2 ku! Bukan niat aku nak usik ramai orang… tapi orang aku nak usik tu kool saja.

    Aku sebenarnya umur dah cecah 54 tahun. Macam2 aku dah lalu… korang. Aku memang belajar dalam jurusan agama, pernah bekerja dalam jurusan agama dan jurusan agama sekarang adalah ‘way of life’ aku sekarang. Cuma aku nak pesan, Manusia akan berubah mengikut perubahan umur dan masa. The way u think pun akan berubah. Jadi berhati2 bila membuat sebarang kenyataan.

    1. Memang semua kita rasa “Zaman Kita” adalah yang terbaik. Tapi korang rasa orang tua korang akan cakap zaman korang yang terbaik? No way! Diorang akan cakap zaman dia yang terbaik!. Sama dengan budak2 sekarang, dia akan cakam zaman dia yang terbaik…

    2. Berhati2 bila bercakap tentang agama> Agama bukan musik. Hari ni kita ikut Rock, esok kita ikut r&b dan kemudian kita berubah jazz… Agama mempunyai disiplin yang dalam. Mesti faham dengan heart & soul. Agama tak boleh diubah2.

    Hati hati bila bercakap sebab meor ada pegikutnya. Takut2 pembaca lain salah tafsir. Bukan kah bergitu?

    Penutup: Aku biasa tegok meor kat cm. Kadang2 aku duduk dekat sebab nak dengar lirik nya. Aku ada album Padang dan sakrat.

    Damai untuk semua

  15. Islam is the way of life(bagi kita org mukmin).Meor tidak berniat supaya dia di ikuti…terbaik untuk di ikuti hanyalah Rasullulah S.A.W.asas segalanya megamal islam itu di hati yg bersih…hati itu kena sjahterakan dahulu..di situ bermulanya hikmah dan nur.Jika dari bekas sudah bersih yg tekeluar pun bersih.tiada bara2 riak…segalanya cool dan damai.kemarahan tidak membawa kebaikan ianya api…nabi suruh sirampadam kan api itu.Islam tidak berjurus…ianya Sejahtera..milik jiwa2 yg sejahtera.Islam juga tidak beruniform….bagaimanapun perselisihan pendapat akan selalu ada sampai akhir dunia.Akhirnya yang sejahtera itu jugalah sebagai persembahan.wallahualam.

  16. nikbinjidan says:

    hemm klu dh 54 taun dh paham sgt la tu tapi klu tk bahagia lg tak tau la..mcamna kata tak bole ubah2 ugama?aku tak paham la ayat tu…sdangkan ada banyak ugama kt dunia ni klu tuhan ttapkn tuk satu ugama je tak adil la tuhan

  17. agama milik semua dan boleh dibicarakan. Tidak salah kerana ia cara hidup! Perbezaan pendapat adalah tanda luasnya ilmu dan berlapang dada adalah sifat terpuji. Itulah indahnya Islam dan adilnya Allah kerana meletakkan ‘ilmu’ tanpa sempadan. Kalau ilmu hanya di surau dan rahmat hanya diturunkan di sana, Allah tidak adil!
    Tetapi ilmu ada di mana2…di musik, di lorong, di menara..

    di Negara China..
    Sayidina Ali Karamallah Wajha kata, “Orang yg bijak ialah org yang bisa mengambil permata di dalam lumpur!”..
    Salam untuk semua sahabat Meor di blog ni!

  18. KalabuMalami says:

    🙂

  19. AGAMA – Jangan pilih jalan hitam…
    Pesanan dibawa khas dari Scope Production. hahaha…

    —— =)

  20. salam..ya malaya..

    kita sebangsa, senegara, seagama. jangan pecahkan walau atas sebab apa pun.

    semoga Dia melindungi kita semua.

  21. Salam Sdr. Bojangle,

    Sir, for a person who professes to be trained in religious studies and a practitioner to boot, your conjecture of the entry seems to be a little abrupt. The entry is not meant to crucify and shift the blame on anyone in particular.

    I suggest we sit down over tea (tak la minum sampai kembung) over the weekend. We would like to hear you take on issues pertaining to the topic and maybe you could enlighten us with your wisdom.

    We sir, stand corrected and a learned man is always welcomed in our midst.

    Wassalam.

  22. bro sham,
    some peoples are much too smart, they know everything before it start, eating wisdom with the pail, no wonder when it stick..

    cry and tell and slander yell and grumble well so loud of heaven sake…
    pink bubbles go ape!

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.