Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Ugama, kepentingan dan keperluan.

0 comments

Kebenarannya, semua umat manusia yang berugama itu percaya wujudnya pencipta. Malah golongan free-thinker sekalipun percaya wujud Tuhan, dalam konteks kefahamannyalah. sebabnya percaya itu bukan hanya melalui sebutan atau kata-kata. Mungkin mulut mereka menafikan tetapi kita tidak tau apa yang ada di dalam jiwa dan pegangan mereka.

Percaya itu bukan hanya boleh dinilai melalui perbuatan baik seperti sembahyang dan amalan-amalan baik yang dituntut ugama, ianya wajib lebih dari itu dari segi amalinya. Maknanya apabila kita melakukan perbuatan yang baik, beramal, solat dan berbagai amalan lagilah, namun jika hati kita masih kotor pada daki duniawi, itu bagi saya tdak kesampaianlah.

Perhubungan antara manusia dengan Tuhan perlukan tindakbalas dua hala yakni rohani dan jasmani. Contohnya jika kita bersolat, ianya sesuatu yang suci dan sepatutnya doa kita itu sampailah kepada Tuhan. Hasil atau amalinya ialah bagaimana kita menterjemahkah di dalam kehidupan kita ini. Kalau hati masih busuk dan kotor, maknanya selama ini kita hanya bersenamlah dan kita masih duduk dalam dunia angan-angan, perasan dan mengharap. Mengharap agar solat kita itu diterima, tapi kenyataannya dalam diri kita masih dengan sifat-sifat yang dibenci ugama itu sendiri. Tamak, takbur, riak, menganiaya orang, mengaib antara sesama kita. Habis macamana kita kata amalan kita itu sampai kalau masih duduk dalam level seperti itu?

Saya bersetuju jika dikatakan ugama itu penting dalam kehidupan manusia.
Tak berugama pun susah juga. Kita akan hilang arah atau pedoman.

Dulu saya punya seorang kawan yang merasakan dirinya terlalu pandai sampailah dia tidak percaya pada syariat ugama. Saya juga pernah melalui musim itu, tapi tak apalah. Jadi kawan saya ni memang tidak pernah solat dan puasa Dia punya anak waktu itu berumur 4 tahun.
Kawan saya ini berniaga di shopping complex. Bersebelahan kedainya adalah sebuah restoran milik orang Cina yang berniaga makanan. Di kedai orang Cina itu ada tokong kecil untuk mereka bersembahyang.

Anak kawan saya yang berumur 4 tahun ni dia akan ikut bapanya, kawan saya itu berniaga setiap hari. Jadi itulah..Dia akan tengok orang Cina ni tadi bersembahyang setiap hari di depan tokong tersebut. Mungkin ianya sesuatu yang menarik, maka anak kawan saya ni tadi pun ikut bersembahyang sama seperti mereka. Diambilnya colok dan mengangguk-angguk didepan tokong tersebut.

Bila bapaknya melihat perbuatan anaknya itu, dia jadi terkejut dan marah pulak..ha ha ha..Tahu pulak marah. Habis tu? itulah yang saya cakap, ugama itu perlu, ianya pembimbing yang berguna. Kita boleh pilih nak sembah tokong atau nak bersolat cara orang muslim. Kalau kita muslim, apa salahnya ikut cara kita, kepercayaan kita?

Jadi, untuk anak-anak kita, buatlah apa yang patut untuk mereka. Kita perlu tanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri mereka. Kita perlu ajarkan ajaran yang baik untuk mereka jadikan pegangan di masa depan.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.