Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Uli John Roth..guitar Legend..

8 comments

Gua dulu masa sekolah memang sukaa dengar lagu-lagu Scorpions..tahun 80 dulu..Masa tu beli kaset kat pasar malam je..meletup-letup lagu Scorpions..kalau tak ada cetak rompak..tak tau le brapa royalti yang recording Company diorang dapat..tapi kita mana ada duit..haha..rm 3 je..Gua rasa budak-budak seangkatan gua pun suka scorpions..Kalau ada band orang kawin kita akan mintak lagu always somewhere,kalau boleh..hahaha..

Gua suka masa Uli John Roth(18hb disember 1954-German) join Scorpions..Dia ni sangat berkharisma,dan dia banyak buat lagu untuk Scorpions..Dan Uli John Roth ni bagi sangat sangat berpengaruh ..banyak gitaris-gitaris hebat respek dia ni..termasuk Malmsteen..Itulah..in your park,fly to the rainbow,in trance,pictured life..itu antara lagu-lagu hit yang Uli ni bikin..Yang buat gua suka sebab cara dia main ada style,ada elemen gipsi dari segi dressing..mamat ni memang space…haha..So dia bikn gitar sendiri,Sky guitar..tapi lu tengok sound gitar,uniknya melodi dia,ada mistik sikit..itu yang membezakan Uli dengan Michael Shencker..
Uli ni dulu dia bikin band ,Dawn Road..gua pun tak dengar lagi macamana lagu-lagu dia..lepas tu dia join Klaus Meine dengan Rudolf Shencker..Sebelum tu pun Scorpion dah ada awal 70an lagi..Jadi gua rasa diorang ni semua member-member la..macam Left Handed dengan Search..Michael Shencker belah dari Scorpion tahun 73 untuk join UFO..
Jadi bagi gua Scorpions mula dikenali sejak Uli John Roth masuk..sempat dia rakam 3-4 album gitu..Dan dia tak suka sangat Scorpion diglamerkan saangat oleh Syarikat rakaman sebenarnya..so lepas tu dia belah dari Scorpion dia bikin projek sendiri..lepas tu Scorpions ambik Mathias Jabs join diorang…Itu sebab lagu Scorpions yang lama-lama gua suka..masa sebelum Uli join gua ada dengar tapi biasa je..
Uli John Roth ni memang peminat hardcore Hendrix,sampaikan dia bikin album tribute untuk Hendrix..awek dia pun bekas awek Hendrix..hahah..

Album-album Uli dengan Scorpions ni..fly to the rainbow(1974)in trance(1975)virgin killer(1976)taaken by force(1977) dan tokyo tapes(1978)

Michael Shencker pun bagus main gitar..tapi dia bagi gua bagus dalam memelodikan lagu..dia bukan tukang buat lagu..dia cuma seorang gitaris..tapi semua pun roots dia dari Uli John Roth le..bapak neo classical metal..Gua tengopk Uli ni main gitar penuh dengan kecintaan..dia sentuh-sentuh,lembut je..tapi berkesan,mengeluarkan sound dan bunyi yang menarik dan misteri..itulah,apa-apa pun yang kita bikin kena ada cinta..

Gua kat opis ni hari-hari jirus pokok untuk kasi dia subur…tapi itulah,macam tak sampai je..jadi pokok tu macam nak layu je..berbeza kalau Pak Ya,member satu opis yang jirus bunga..penuh kasih sayang…jadi tahap suburnya tu ssampai..pokok pun faham nilai kejujuran kita dalam menanganinya..sama juga dengan gitar..kalau kita ada feel..kita letak-letak je jari kat fret gitar tu..tak payah nak tekan teruk sangat..jadi persefahaman antara jari yang menggerakkan tali untuk mengeluarkan bunyi melalui fret gitar itu sampai…jadi ada tindak balas disitu..itulah…haha

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. kalau ade masa nak belajar main gitar lah bro he he

  2. gua pun minat lagu scorpions, pun minat jugak lagu-lagu ciptaan p.ramlee, m.nasir dan js kevin. Gua pun teringin, minat dan seronok tengok orang main gitar, tapi gua x pandai main gitar. Kalau nk ibarat mcm main bola, gua ni dikenali sbg kaki bangku laaa.
    Slmt maju jaya bro Meor!

  3. ..laa semalam wa baru layan dia punya DVD Historic Perfomances The Electric Sun Years..dia memang best..aku dapat Tokyo Tapes pun pada 1982..lambat takpe jangan takdapat..he hee..

  4. haha,btul tu..gitar tu mmang ade perasaan la..tpi yg gua nyirap tu,bila main bunyi asyik tak sedap jek..gitar tu marah kat gua la rasanya..hahah..

  5. caluk:anytime bro…kelas gua kat bangsar je..:)

    senawi:gitar ni kena byk praktis je bro..
    tapi kena ada guide,belajar yg lebih pandai dari kita…

    wan:ya bro..haha..itu tokyo tapes mmg album yg best..gua beli pun agak lewat juga..80an gitu..haha

    apan:gitar ni kita kena main lama,bertahun2 bro…baru akan ngam…gua pun dulu mcm tu..tapi kita layan je pelan2..hehe

  6. sheikh,
    wa suka dia main sails of charon.. his fingers sail across the fretboard. my fingers crawled across it hehhehh…

  7. ya shekh,itu sail of charon memang masterpiece dia..malmsteen pun angkat topi..haha

  8. adakah awek gua bekas awek lu? kah kah kah

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.