Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

UNDERGROUND DAN MUZIK MAINSTREAM DI MALAYSIA

0 comments

Muzik underground di Malaysia ni meriah di zaman Central Market di hujung 80an dulu..

Banyak perbezaan antara 2 genre ni..yang satu berdikari, yang satu manja. Artis kena manja, sudahnya hak sendiri pun tak tau.

Pemuzik underground, band band metal terutamanya, diorang ni tidak bergantung pada syarikat rakaman..

Diorang tahu nak memajukan diri, tau macamana nak branding, print CD, imej, konsep, kos dan segala macam..
Dan yang paling penting, hubungan diorang ni dengan fan yang dijadikan kawan..

Kesannya, band metal masih hidup dan aktif bikin gig sana sini..fanzine pun aktif diterbitkan, apatah di zaman facebook, instagram dan twitter ni

Band band rock kapak mahupun penyanyi solo? Diorang ni satu apa pun tak tahu, juga tak diberitahu..

Segalanya diserahkan pada pihak pengurusan dan syarikat rakaman.Hasil yang mereka dapat tak setimpal dengan nama mereka yang gah dalam industri..Nak jual album sendiri pun kena melalui syarikat rakaman

Sampai masa band mereka hanya tinggal nama ..show masa tengah laku. zaman habis sangap..

Cuba tanya Cromok dan FTG, macamana nak dapat album mereka? Tentulah kena refer syarikat rakaman, sebab mereka bukan band underground, mereka ni dilabelkan oleh syarikat rakaman sebagai underground, sama macam band band rock kapak..pun ada crowd mereka sendiri..tapi tak samalah

Sekarang ni kalau nak lepak kat port mat mat metal, datanglah ke Kompleks Campbell..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.