Notes:
UNTUK KE SANA, KITA PERLU BERADA DI SINI DAHULU
Pertengahan 80an dulu, saya ada beberapa kawan rapat yang datang dari spesis yang rare. Waktu itu saya memang tengah gila nak tahu banyak hal, falsampah mahupun muzik. Antara kawan rapat saya Foad dan Wan. Foad rare, Wan pun rare juga. Ha ha ha..
Foad adalah seorang pelukis yang hebat yang mahir dalam bidangnya melukis. Dan yang paling penting citarasa muzik kami sama, jadi banyaklah knowledge yang saya dapat. Saya nak bercerita pasal Wan ni. Dia ni memang rare. Punya kedai T-Shirt di Pasar Seni. Sangat berbakat tapi itulah, dia layan kepala dia je. Kalau print tshir tu dia nak yang dia suka je, contohnya dia akan design tshirt Hendrix atau ikon-ikon muzik lama yang rugged dan berjiwa. Mula-mula saya nak rapat dengan Wan ni dulu agak susah sebab sikapnya yang sangat sarkastik dan provokatif. Bila kita bersembang-sembang pasal muzik, saya dok menyampuk sikit dia tak suka sangat.” Led Zep tubuh tahun berapa?” tanyanya dengan gaya menyindir bila saya bercerita pasal Led Zeppelin. Ha ha ha. Bila dah kenal lama barulah ok. Kalau masuk rumah Wan ni dulu, dalam rumah dia berselerak penuh dengna buku-buku, videotape, cuma ada lorong untuk ke tilam je, memang bersepah sana-sini. Saya bila lepak kat rumah Wan ni dok layan cerita Samurai je. Banyak collection dia ada.
Apapun mereka-mereka inilah antara insan yang paling jujur yang pernah saya kenal. Kita perlu mengenal yang di dalam. Hari ini Wan tinggal di Kuantan, sudah beranak pinak. Saya hormat dia sebab banyak ilmu yang saya dapat sewaktu sama-sama melepak.
Untuk mendapatkan ilmu muzik atau apapun sekali, kita perlu mendalami apa yang kita mahu tahu. Kita perlu mahir dalam bidang kita, kita perlu solid dengan ego kita sendiri.
Untuk ke sana, kita perlu berada di sini dulu…














