Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Untuk seorang sahabat..Amirul Fakir..

1 comment

Perjalanan hidup kita ni macam-macam sebenarnya..ada yang suka,ada juga yang duka..yang duka tu walau setabah mana pun tetap tak best lah sebab kita ini masih namanya manusia,belum allahyarham lagi..selagi hidup akan ada rasa sakit,sihat,senang dan susah..

Aku dapat mesej dari Haneem ,yang katanya Amirul confirm kanser dah nak sampai tahap 4..Aku pun termenung kejap..tak ada kata-kata,tapi itulah,ketentuan tetaplah ketentuan namanya,usaha sudah dan sedang kita usahakan,selebihnya takdir.Jadi aku pun mesej Si Amirul,yang kata aku pada dia..cepat atau lambat,semua kita pun akan kesitu juga,aku cuba harap dia kuatkan semangat dan berserah..apa lagi yang boleh kita buat?Doa,itu yang sedang kita lakukan..untuk mendapatkan tahap yakin dan tawakal pada dia yang mencipta..Sedih?itu lah yang sedang kita lalui walau tanpa airmata mencurah bumi..

Semalam aku perform di program gita akustika yang bertempat di Pena..pun aku nyanyikan lagu ‘seru’..sajak si Amirul..Dan aku kerap mainkan lagu itu pada tiap persembahan..umpama diprogram tembang di kuala kangsar minggu lepas,program seni diseremban sabtu lepas dan semalam..
Banyak perancangan yang tersangkut sebenarnya.bermula album Sakrat,yang kesemua sajak Amirul didalam album itu..yang bagi aku satu kolobrasi dan teamwork yang menjadi..antara amirul,aku,haneem dan kamal sabran.semuanya lolos dan telus..tapi apakan daya,dipermulaan cerita yang baru nak berkembang Amirul dah mula sakit..sampailah saat ini..ini adalah permulaan untuk dia lebih mengenali diri..bukankah kematian itu permulaan untuk sebuah perjalanan yang panjang,yang tak ada penghujungnya..?

Apapun,terimakasih pada yang menyumbang bantuan pada Amirul dan keluarganya sehingga boleh dia jumpa specialist dan confirmkan penyakitnya..semua kita adalah wakil-wakil Tuhan dimukabumi ini,tanpa mengira siapapun kita.

terimakasih..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. Kongkek N go says:

    kalaulah boleh dipilih sendiri penyebab kematian kita nanti..

    heh..

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.