Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Usia

0 comments

Saya tak pernah meraikan hari lahir saya pun sebelum ini, seingat sayalah. Usia pun kadang-kadang saya confuse, 44 ke 45 tahun dah saya ni hidup?
Cuma bila orang rumah nak raikan juga, kita belilah barang makan sikit lebih kurang. Kek pun tak ada.

Untuk berkongsi cerita, tahun ini hijrah saya agak drastik. Terutamanya dari segi dunia muzik saya. Kita sedang berjuang di arena yang lebih terbuka. Saya pun semakin terbuka dan cuaca pun semakin redup seadanya. Begitulah…

Apabila peluang itu hadir, kita perlu mengambilnya. Jadi inilah yang sedang saya lakukan. Tidak ada apapun sebenarnya. Cuma itulah, setelah puas bermain di’ghetto’ ini, kita sesama kita, apa salahnya kita cuba meneroka ke ruang yang lebih besar dan terbuka.

Jika kita baca sebuah kitab, kitab usul terutamanya. Kita baca helai demi helai. Kefahamannya bukan boleh kita dapat dalam satu hari sahaja. Musim yang lain kita baca lagi, faham kita sudah semakin ke depan dan ke depan.
Musim datang dan pergi, kita pun begitu juga.

Saya pun terfikir juga mengapa baru sekarang saya cuba beralih musim? Dalam usia yang semakin ke depan, peluang baru sampai. Apa yang boleh saya nafikan juga kerana perjalanan hidup bukan kita yang rencanakan.

Takdir sedang berjalan tanpa kita rancang. Kita kata kita rancang, kadang-kadang yang kita rancang itu begini, sudahnya jadinya begitu.

Saya diperkenalkan dengan seorang anak muda oleh kawan saya. Berserabut budak ni, dari segi fizikalnya cukup sifat cuma attittudenya ada masalah. Rupanya dia dulunya seorang anak muda yang berkelulusan tinggi juga, cuma itulah…takdir sudah menjadikannya dari seorang yang punya wawasan sehinggalah dia menjadi kaki judi dan gelandangan. Itupun takdir, tapi itulah..kita yang berjalan…kita yang mahu dan tahu apa yang ada di depan mata. Kalau yang kita mahu itu hitam, hitamlah jadinya. Kalau yang kita mahu itu putih, putihlah..

Mungkin yang hitam itu pilihan kita sesuai dengan kehendak nafsu kita.
Kalau ikut nafsu semata, habislah..ha ha ha

Seorang kawan kepada kawan saya dalam hidupnya suka bereksperimen. Dari seorang yang bekerjaya hebat dan ada masa depan, dia berhenti kerja. Macam-macam dieksperimennya. Sampailah dia nak merasa bagaiamana rasanya menjadi seorang penagih dadah.
Sudahnya bila sudah menagih, dia gagal mencari jalan pulang. Dia menjadi seorang penagih yang tegar sehingga ke hari ini dengar ceritanya.

Jadi saya pun tak boleh nak kata apa, sebab derita kepada kita yang melihatnya. Bagi mereka yang merasainya itulah..mungkin itulah definisi kebahagiaan bagi mereka.

Semuanya di tangan kita….cuma janganlah cuba bermain dengan api..panasnya boleh membakar jasad. Hakikat semata pun tak realistik juga. Sudah-sudahlah, mari kita terokai ruang dan seimbangkan apa yang patut. Kita pun bukannya budak-budak lagi..

Mari kita raikan hidup sambil kita kita dengar sajak arwah Amirul Fakir yang saya lagukan dalam album ‘ sakrat’. Judulnya 99..Semoga kita akan mendapat sesuatu daripadanya…terimakasih juga kepada tukang bikin ini videoklip, saudara Zulhisham Tokasid. Tq Yeop..

99

sembilan puluh sembilan namamu
kulakar pada kartu iman
ikut ku titip kepadang mimpi
awankah bakal menutup siluku

tika linglung menafsir
segala yang pernah bermula
padang mimpi ku pun rentung
menghirup nafas renta
pada segala yang punya nama
apakah aku juga didalamnya

sembilan puluh sembilan
oh namamu
kunaksir agar ruangmu masih
dapat ku nyeroboti

aku ingin diam sang bayi
aku ingin nyala pertapa
bergulir dalam lengkung bianglala
sembilan puluh sembilan namamu
dimanakah awal yang akhir
akan kukenderai jahar angin kepusarmu
mencicipi gizi maknawi

lagu: Meor Yusof Aziddin
lirik: Amirul Fakir

2008

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.