Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Waktu

0 comments

Jika kita berkira-kira tentang waktu, ianya seakan kita mendekatkan tempoh hayat atau hari mati kita dan kita semakin tahu dan sedar tentang proses ke’tua’an kita. Memanglah kita akan tua, saya pun sedang menuju ke situ. Semua kita sedang menuju ke situ.

Lahir, membesar dari bayi sehinggalah dewasa dari segi akal dan fikiran. Pun saya melihat anak-anak membesar dengan kasih-sayang. Ianya tetap sebuah kesempurnaan walau dalam kandungan yang sederhana. Mereka pun akan melalui proses seperti kita. Membesar sehingga menjadi manusia yang dewasa.

Kadang-kadang terselak chapter masa lalu yang masih berkesan di ingatan. Tahun 78 pertama kali saya mendengar lagu ‘no woman no cry’ Bob Marley..atau Street of London oleh Ralph McCTell..Saat saya terjaga kerana mendengar alunan azan subuh abang saya, Sohaimi dari surau yang jaraknya kira-kira 30 meter dari rumah. Suaranya jelas dan merdu sehingga saya saya terjaga dari tidur. Saat saya dirotan oleh arwah bapak pada tahun 1980..Itu peristiwa yang masih berkesan.
Saat saya berlari macam ribut selepas solat maghrib lantaran tidak mahu ketinggalan mengikuti program lawak orang putih’ Harold Lloyd.
Saat saya dicubit oleh arwah bapak kerana tersengguk-sengguk mengantu tatkala menjadi makmum solat subuh yang di imamkan olehnya.

Dan hari ini saya di sini. Kita padamkan banyak kenangan masa lalu kerana ianya seperti folder yang sangat berat dan memberatkan jika di simpan. Pun bukanlah kita enyahkan dari ingatan. Kadang-kadang ianya datang dan pergi seperti angin lalu.

Muzik- Saya suka mendengar suara Geof Tate dari kumpulan muzik progresif rock Queensryche dari Washington, Amerika. Kumpulan muzik ini di tubuhkan pada tahun 1981 dan di anggotai oleh Geoff Tate sendiri selaku vokalis, Michael Wilton, Eddie Jackson dan Scott Rockenfield. Mereka sudah hasilkan 12 album sejak tahun 1983 hingga 2009. Album mereka pun sudah terjual lebih 20 juta copies di seluruh dunia.

Saya suka album mereka operation:mindcrime(1988) dan Empire(1990). Mereka bagi saya adalah kesinambungan dari segi konsep muzik Pink Floyd. Suara penyanyinya dari suara bass sehinggalah ke note yang tinggi memang sangat berkesan. Banyak penyanyi rock punya suara yang bagus dan tinggi. Kalau saya dengar suara Lan Meet Uncle Hussein itu bagi saya tak ada apa sangat pun sebab ianya sekadar tinggi. Kalau saya dengar suara Steven Tyler itu bagi saya unik dan berbeza. Dia punya trademark yang tersendiri atau Robert Plant. Walau suaranya tinggi tapi ada intonasinya di situ.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.