Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Watak-watak

0 comments

Saya secara fitrahnya adalah seorang yang berjiwa rebel. Itu boleh dinilai melalui pengalaman hidup saya melalui kehidupan yang lepas-lepas. Cumanya apa cabang kita itu kita perlu pastikan. Kalau kita masih keliru dengan watak hidup kita di dunia ini, itu bagi saya masaalahlah..Saya berkarya melalui muzik, itu memang jelas dari lagu dan lirik yang saya hasilkan.

Ada orang berkarya dan mencetuskan pendapatnya melalui muzik, ada yang melalui cabang seni lain seperti lukisan mahupun tulisan. Ada yang politikal, ada yang bercerita tentang kemanusiaan dan kehidupan dalam bentuk yang provokatif dan kritikal. Malah ada juga yang bercerita melalui cabang photographi. Itu bagi saya watak-watak kita di dunia ini.

Dalam dunia yang nyata ini, saya bukanlah seorang politician. Pun begitu saya ambil tahu juga perkembangan politik sebab ianya sebahagian dari kehendak dan proses hidup kita dalam bermasyarakat. Tak ambil tahupun tak boleh juga. Sebagai seorang warganegara saya ambil tahu juga tentang hal-hal sekeliling yang kita alami sejak dulu hingga ke hari ini.

Jadi peranan kita perlu jelas dalam hidup kita ini, sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri. Kalau kita masih terawang-awang mencari arah atau keliru tentang siapa kita, itu kita perlulah belajar bagaimana untuk menyelesaikannya, sebab ianya adalah masaalah yang serius sebenarnya.

Secara positifnya jika kita tahu manusia itu sedang meraikan hidup mereka dengan watak-watak yang mereka miliki, kita akan bersikap lebih rasional dan tidak terlalu menghukum sebab kalau watak itu kita akan melihat atan mendifinasikannya antara baik atau jahat. Mana ada watak baik sahaja di dunia ini? Iblis dijadikan Tuhan untuk melengkapkan watak dan cerita hidup kita di dunia ini. Bukankah begitu?

Watak baik adalah ujian, watak jahatpun ujian juga untuk kita. Dulu bila saya melihat kepincangan yang berlaku di sana sini, dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik khususnya, saya akan bersikap emosional walau kadang-kadang benda itu bukannya menguntungkan kita pun dari segi zahir mahupun batin. Dari segi batinnya dalam diri kita akan tertanam sifat suka menghukum yang negatif sebab bila kita menilainya secara rasional, semua pun sama juga..2×5=10..ha ha ha

Jadi yang terbaik, anggaplah itu kerja mereka dan mereka sedang bekerja dan yang paling pasti, kenalilah watak kita sejujurnya dan raikanlah hidup kita seadanya kita yang bernama manusia ini.

Saya kalau boleh di usia yang begini, tak mahulah lagi bersikap emosional dalam segala hal yang melibatkan dunia. Kita perlukan suasana yang redup dan damai. Oksigen pun semakin tercemar sebab kita tinggal di kota yang panas dan kering. Tumbuhan banyak yang mati atau di matikan oleh kita atas dasar kepentingan kita sendiri. Benda-benda ini cukup membebankan suasana, persekitaran dan minda, maka jangan ianya di rumitkan lagi dengan hal-hal yang tidak mendatangkan faedah untuk diri kita sendiri.

Jika kita berfikir kita akan heran jika yang benar disingkirkan dan yang salah dipertahankan..maka jawapan saya adalah kita jangan heran-heran lagi..dari dulu memang itulah permainannya..anggap mereka sedang bekerja meraikan watak mereka dengan penuh nafsu..
Buatlah kerja kita macam biasa, raikan watak kita seadanya kita..

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.