Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

YANG REDUP DARINYA

0 comments

Kita ini manusia. Diberi sikit kita mahu lagi, lagi dan lagi. Makin banyak kita dapat makin sikit pula kita rasa. Walau segunung intan harta yang kita miliki, pun tidak cukup juga.

Lihatlah betapa sakitnya jiwa kita ini. Umpama virus yang sudah mengawal segala sistem dalam badan sehingga jiwa kita merana, diam dan kaku hanya menunggu apa cerita kita seterusnya.

Kawan saya bercerita tentang bahagia. Lihatlah sebuah keluarga yang miskin itu. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah usang tanpa bilik. Semuanya di situ. Makan, tidur, segalanya di situ. Dapatkah kamu bayangkan bagaimana pasangan itu mahu beradu sedang di ruang yang sama anak-anak mereka bergelimpangan tidur di rumah yang tanpa bilik?

Satu yang pasti, mereka bahagia walau tanpa harta dan ringgit yang melimpah.

Sedang kamu asyik mengeluh tentang keluh kesah masalah hidup di kota dalam keadaan kamu yang berbelanja seperti anak orang atasan, segala-galanya atasan sehingga kenyataannya tempat kamu bukanlah di situ sebenarnya. Cuma itu kita kata hidup yang mengada-ngada!

Dan hari ini kamu datang kepada aku menceritakan segala masalah yang kamu cari sendiri? Ha ha ha

Ceritanya lagi, lihatlah pula seorang lelaki separuh baya yang dengan bangganya menjual ikan yang dipancingnya kepada pelanggan tetapnya dengan harga rm 5. Rm 5 itu adalah kepuasan sebagaimana asap rokok yang dihembusnya sambil tersenyum puas. Bukankah itu Bahagia?

Hari ini jika di kota nilai rm 5 apalah yang boleh kita beli? nak makan pun tak lepas. Tapi nilai itu tetap besar pada lelaki separuh baya yang menjual ikan kepada pelanggan tetapnya itu.

Kita di sini untuk apa sebenarnya? Mencari bahagia?

Itu ada di dalam jiwa kita, selongkarlah misterinya tanpa prasangka kelak kita akan mendapat jawapan yang redup dariNya.

Akira Inaba

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.