Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

yang tak terlupakan..

3 comments

Baru-baru ini gua ada jumpa member-member lama masa sekolah dulu,ya gua memang sukaa..ingat zaman budak-budak kita..memori itu kenangan..cerita lama..ianya diari hidup insan..dan kita sedang melaluinyaaa melalui hidup ini…Gua selalu lupa tapi ianya kadang-kadang terselak balik chapter-chaapter lama.yang tak best gua nak koyak tak boleh,tapi gua enyahkan dari otak fikir..haha..yang ok..kalau terselak gua akan baca balik..ya kita memang tak boleh nak balik kemasa lampau..
Last year kalau tak salah gua jumpa balik member baik satu kelas..masa form 2 sampai form 5..kita memang kepala ngam..main bola untuk sekolah..memang kawan baik la..so after 23 years,gua dapat contact member gua tu..gua rasa best sangat..so lepas tu kita set mana nak jumpa la..bila dah jumpa,seronok la..tapi lepas pertemuan tu..langsung dah tak jumpa sampai la ni..hahaha..why?sebabnya..kita ada kita punya hidup dan minat masing-masing..masing-masing bawak haluan..macam member guaa..dia pegawai waran..askar..itulah hidup dan dunia dia..gua muzik..gua kalau cerita muzik pun dia bukannya minat sangat,minat gitu-gitu je..dia cerita pasal kem itu,kem ini,cerita-cerita army dan militari ni gua pun angguk-angguk je,..haha..
jadi itulah..gua pun tak salahkan keadaan mahupun takdir..memang gitu ceritanya..kita bermukim diwilayah yang kita rasa selesa sebenarnya..tapi itulah..moment yang dulu itu sudah tidak ada…mesra yang dulu itu lenyap..pun baru-baru ini pun jumpa lagi kawan lama..kita gelak ketawa tanya khabar..itu ini,anak dah berapa?..ho ha….lepas tu..hilang…hahaha..tapi sorang kawan lama masa sekolah gua dah arwah..accident..yang itu gua ingat..sebab dulu dia da gitar buruk yang nak dicampaknya ketempat sampah sarap..gua kutip itu gitar,sebab gua mahu belajar main gitar,tahun 82 dulu…brand LARK..gitar tong..dengan gitar itu gua grong grang ssiang malam pagi petang..petang pagi malam siang…gitulah..dengan gitar itulah..jadi bila member gua tu arwah,gua teringat balik…

dan gua rasa kita ini semakin matang dalam memahami apa itu takdir dan ketentuan..

Share This Article On Facebook

468 ad
  1. biar ramai kawan jgn ramai musuh

  2. thesoofi says:

    bro june pnye tulisan xmasuk lg ke?

  3. ya bro…baru nak masuk..kepala berseraabut sikit..haha

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.