Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

Yang tegang, kendur dan seimbang..

0 comments

Perkara yang paling baik dalam hidup kita bagi saya ialah apabila kita cuba memahami kehidupan ini seadanya. Sekelilingnya, segalanya yang termampu oleh kita.

Apabila kita ingin mereka mendekati kita, maka kita perlulah memahami apa yang ada di dalam pemikiran mereka. Toleransi amat perlu untuk tujuan itu. Mana mungkin pemikiran kita ini sama. Kita dilahirkan ke dunia dengan cerita dan mimpi yang berbeza. Untuk tujuan baik, kita bersetuju untuk singgah dan bermukim di wilayah yang kita rasa selesa berada di dalamnya.

Keseragaman adalah tuntutan dunia semata. Mana mungkin rambut kita semua wajib belah tepi dengan minyak rambut gel tersisir rapi atau seluar dan baju yang bersih berkilat sekilat serbuk pencuci Feb? Kita perlu bebas atas dasar hak kita sebagai seorang manusia yang bebas berfikir untuk tujuan baik bagi diri kita. Baik bagi diri kita mungkin tidak baik bagi orang lain.

Dari itu kita boleh lihat ada orang berambut panjang, ada yang disisir rapi, ada yang macam duri landak. Ada yang berambut dreadlock ..macam-macam lagilah..

Jadi kita janganlah menilai manusia melalui luarannya sahaja. Itu tidak adil sebenarnya.
Burung yang terbang, jika kita patahkan sayapnya, macamana dia nak terbang? Itu maknanya kita telah menguhukum alam dan kejadiannya. Bagus jika kita berfikir begini – kita biarkan mereka terbang, setinggi manapun pasti mereka akan kembali ke sarang juga.

Saya bersetuju atas subjek keseimbangan. Saya suka melihat orang tua yang cuba memahami dunia anak muda walau jelas itu bukan dunia mereka. Kita bukan di zaman kolonial lagi. Kita hidup dengan berbagai kemudahan yang kita sendiri tidak pernah jangkakan.

Seperti kawan-kawan saya yang suka ikut kepala sendiri. Saya suka mereka begitu kerana kita semua sedang melalui proses kehidupan. Oleh itu kita kena faham yang di dunia ini ada seribu satu macam watak yang sedang melakonkan watak-watak mereka seadanya mereka..

Dulu saya selalu memberi panduan kepada kawan-kawan yang mahu tahu tentang subjek yang mereka kurang faham. Apabila saya jelaskan tentang asas dan kefahaman subjek itu, selainnya mereka berusaha sendiri dan jelas ada yang lebih bagus dari saya dari segi kefahaman dan kepercayaan atas apa yang mereka faham. Saya tak bolehlah berasa irihati walau kadang-kadang merekapun pusing-pusingkan semula kata-kata saya. Ha ha ha
Itu saya anggap lawak jenaka dalam kehidupan.

Ada yang tegang sangat, ada yang kendur sangat..yang terbaik adalah keseimbangan. Apa salahnya kita bagi orang senang hati..Bahkan diri kita sendiri akan merasa bahagia bilamana kita merasakan kehidupan kita ini masih saling berkait antara satu sama lain.

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.