Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT…

0 comments

Ugama dijadikan untuk mendidik kita supaya menjadi umat yang baik. Ugama adalah satu keperluan untuk semua umat manusia belajar dari ajaran yang terkandung di dalam kitab ugama itu.

Segala yang terkandung jika kita faham apa isi yang tersurat di dalamnya itu sudah mencukupi, cuma masalahnya manusia itu dikurnia pula nafsu serakah dan segala yang termaktub dalam hukum iblis yang tidak pernah bernoktah sehingga kiamat.

Maka itulah perlunya kita mentelaah dan belajar pula apa yang tersirat di dalamnya, untuk membentuk tahap faham kita dalam mempraktikkan makna hidup yang sebenarnya.

Jika kita menyusuri asal kita atau kita cuba kenal siapa kita dan apa sebenarnya hidup ini, kita tidak akan jadi seperti tentera Mesir yang menembak sesama bangsa dan se agama hatta tatkala mereka sedang bersolat pun habis dibunuh. Hanya kerana ideologi berbeza mengapa kita perlu membunuh?

Saya tidak akan bertanya kepada diri kerana bagi saya bangsa Arab memang begitu sejak zaman jahiliah lagi. Amerika tukang kipas dan tepuk tangan sama-sama. Negara Arab memang kaya dengan minyak. Itu sudah ditakdirkan, tapi mereka bodoh dan sombong dan itu juga tiada kesudahannya sampailah ke penghujung rancangan dan itu jugalah yang melingkupkan mereka seluruhnya.

Universiti Al Azhar terletak di Mesir, tapi apa sudah jadi dengan sikap tamak dan gelojoh rakyatnya?

Saya anak Malaysia, berbangga kerana walau kita rakyat berbilang bangsa dan ugama, masih boleh bergaul antara sesama kita dalam suasana yang harmoni. Walau ada parti kiri dan kanan, suasana masih terkawal dan kita masih boleh bertegur sapa..nyatalah kita ini lebih mempraktikkan apa yang terkandung di dalam ajaran ugama kita berbanding mereka yang bodoh dan sombong itu…

Selamat Menyambut Ramadhan untuk pembaca semua…moga kita diberkati sepenuhnya…

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.