Notes:

untuk pesanan album-album meor yusof aziddin boleh sms 012-5901798..tq

ZAMAN SUSAH INDAH UNTUK DIKENANG

0 comments

Zaman kita susah indah untuk kita kenang sebenarnya. Mengenangnya waktu kita sudah melepasi fasa tersebutlah. Kalau tengah susah mengenang pula zaman susah, lagi harulah…ha ha ha

Dulu waktu tinggal di Flat PPRT Desa Tun Razak, setiap kali saya keluar rumah bawak beg gitar yang buruk dan pakaian pun rugged dan selekeh, pandangan orang flat memang negatiflah. Sebabnya kebanyakan warga flat ini datang datang dari pemindahan setinggan. Level pemikiran mereka ini memang tipikal.

Pertama, mereka ingat saya ini pengail ikan. Gitar bag yang saya sandang itu mereka ingat peralatan memancing. Kedua, mereka sangka saya ini penagih dadah. Mungkin sampai hari ini mereka masih menyangka yang saya ini penagih.

Sewaktu saya tinggalkan flat tersebut tahun 2006 dulu, mereka ingat saya hilang sebab dimasukkan ke Pusat Serenti.

Pernah juga selepas saya minum teh tarik di restoran berhambiran rumah, saya dicekup pegawai polis dalam satu operasi yang mereka jalankan di kawasan flat tersebut. Dengan keadaan yang belum mandi saya dibawa ke balai polis Cheras, di urine dan lepas tu balik sendiri dengan teksi.

Dan saat yang paling real, sewaktu saya busking di kedai makan Brickfield, seorang kenalan yang meminjamkan saya sejumlah wang mintak hutang siap maki dan ugut lagi. dah arwah pun dia. Sudahlah waktu itu busking pun slow..siap dihalau seorang India yang sedang mabuk. Waktu itu saya agak tertekan, tapi inilah kehidupan…

Kalau kita susah, siapa yang kenal kita? keluarga sendiri pun suspen je kalau kita talipon, takut nak pinjam duit..ha ha ha

Share This Article On Facebook

468 ad

Comments are closed.